Penulis: Asyraf Farique, Sakinah Faizal & Wafiq Azman
Genre: Geopolitik
ISBN: 978-967-5473-39-5
Mukasurat: 344
Mengenai buku:
Globalisasi mencetuskan pertembungan peradaban yang dulunya berdepan dengan ancaman peng’Amerika’an, kini berubah dengan kebangkitan dari China.
Buku ini akan membawa kita menilai apakah kepentingan dan fungsi projek OBOR (One Belt One Road) terhadap ekonomi, dasar luar, keselamatan (hegemoni) dan strategi China. Adakah projek OBOR ini hanya sekadar satu projek propaganda ataupun projek ini sangat penting kepada negara China untuk merealisasikan impian mereka menjadi kuasa dunia?
Meneliti senario di Malaysia, dengan melihat kebanjiran pelaburan dari China, adakah agenda pen’China’an ke atas Malaysia melalui projek OBOR adalah satu persepsi atau realiti?
Buku ini mengemukakan rangkuman fakta dan maklumat secara komprehensif agar pembaca boleh melakukan penilaian dan pertimbangan sendiri terhadap persoalan di atas. Projek yang dikemukakan di dalam buku ini adalah sehingga tahun 2017.
ISI KANDUNGAN
BAB 1: PERANAN YAHUDI DALAM SEJARAH KEBANGKITAN CHINA
Nasib Yahudi ditentukan oleh China pada abad ke-21
Sejarah Yahudi di China
Pengaruh Yahudi sebelum era pembentukan China moden (sebelum 1840 M)
Pengaruh Yahudi semasa era pembentukan China moden (selepas 1840 M)
Pengaruh Yahudi di China pada masa kini
BAB 2: ADAKAH OBOR STRATEGI CHINA UNTUK MENGUASAI DUNIA?
Falsafah dan idea politik China- Zhongguo
Middle Kingdom
China Dream
Apakah Projek OBOR?
Institusi-institusi yang mendanai Projek OBOR
The Asia Infrastructure Investment Bank (AIIB)
BAB 3: ADAKAH OBOR STRATEGI CHINA UNTUK MENGUASAI EKONOMI DAN SUMBER ALAM?
Impak dari sudut ekonomi dan pengaruh kepada politik serantau
Projek-projek China di seluruh dunia
Manfaat ekonomi
Ketandusan sumber alam
Projek-projek China di Malaysia
Senarai projek-projek China di Malaysia mengikut negeri (sehingga Julai 2017)
BAB 4: DIASPORA CINA DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT PENJAJAHAN?
Qiaowu – Polisi Wilayah Tambahan China
Kaedah Rekrut
Pendidikan
Demografi
Media
Bahasa dan Budaya
Campur tangan politik
BAB 5: OBOR DAN PENGARUHNYA TERHADAP STRATEGI KETENTERAAN CHINA
OBOR dan kehadiran tentera China di negara ASEAN
Konflik di laut China Selatan: Suatu Pengenalan
Perkembangan terkini aktiviti China di Laut China Selatan
https://prmovies.lc/
Reviews
There are no reviews yet.