Publication series
IJISTRA
International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies — peer-reviewed scholarship.
Filter publications
IJISTRA is IRIS Institute’s peer-reviewed, open-access journal. Articles open on ijistra.com, where every issue can be read and downloaded free of charge.
Vol. 7 No. 12 (2026) 5
-
IJISTRA
Agenda Imperialisme dalam Malaysia Pascamerdeka: The Imperialism Agenda in Post-independent Malaysia
Penulisan ini meneliti legasi kolonial British dalam pembentukan dan pembangunan Malaysia dengan memberi tumpuan kepada wacana penyahjajahan dalam historiografi dan ekonomi politik negara. Walaupun Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dibentuk secara rasmi…
-
IJISTRA
Kerangka Budaya Baharu dalam Membangunkan Tamkin Kuasa: A New Cultural Framework for Developing National Power
Tamkin kuasa ialah kuasa nasional yang bersifat menyeluruh dan meliputi pelbagai paksi seperti politik, ekonomi, ketenteraan, hubungan luar, media, pendidikan, dan kebudayaan. Budaya dikenal pasti sebagai salah satu paksi strategik yang berperanan sebagai pemangkin…
-
IJISTRA
Pembangunan Kerangka Pendidikan Mualaf Berteraskan Epistemologi Islam dan Pendekatan Sosio-ekologi di Sarawak : Development of a Mualaf Education Framework based on Islamic Epistemology and Socio-ecology Approach in Sarawak
Pendidikan mualaf merupakan aspek penting dalam pengukuhan akidah, pembinaan identiti Muslim dan kesejahteraan sosial golongan mualaf di Malaysia. Namun, pendekatan pendidikan sedia ada masih bersifat fragmentasi, terlalu menekankan ritual serta kurang mengambil kira realiti…
-
IJISTRA
Pembentukan Elit Melayu Anglophile: Suatu Tinjauan Kritis terhadap Pembinaan Negara Malaysia: The Formation of the Anglophile Malay Elite: A Critical Review of Malaysian Nation-building
Naratif arus perdana mengenai pembentukan Malaysia cenderung menekankan rundingan kemerdekaan, kompromi perlembagaan dan integrasi wilayah sebagai asas legitimasi negara pascakolonial. Namun, pendekatan ini sering mengabaikan persoalan lebih mendasar tentang bagaimana struktur kuasa dan epistemologi…
-
IJISTRA
The Nation-state Philosophy and the Ummah from Wael Hallaq’s Perspective : Falsafah Negara Bangsa dan Ummah Menurut Wael Hallaq
In Wael Hallaq's work, the modern nation-state is not a transhistorical universal entity but a particular historical and epistemic configuration fundamentally incompatible with the moral architecture of Islamic governance. Building on the methodological inheritance…
Vol. 6 No. 11 (2025) 5
-
IJISTRA
Konsep Kedaulatan Menurut Sejarah Melayu : The concept of sovereignty according to Malay history
Makalah ini menelusuri semula konsep kedaulatan menurut pengalaman sejarah Alam Melayu dengan memberi tumpuan kepada sumber perundangan, hikayat, adat istiadat dan teks sejarah. Kajian mendapati bahawa konsep kedaulatan dalam tradisi Melayu tidak hanya berasaskan…
-
IJISTRA
Konsep Kedaulatan dalam Kertas Putih Pertahanan Malaysia : The Concept of Sovereignty in the Malaysian Defence White Paper
Kajian ini menganalisis konsep kedaulatan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang diterbitkan Kementerian Pertahanan Malaysia. Terdapat tiga persoalan besar yang dianalisis iaitu: (1) Apakah konsep kedaulatan yang difahami di Malaysia? (2) Sejauh mana konsep…
-
IJISTRA
Krisis Kelahiran Nasional: Antara Peralihan Peranan Wanita dari Pembinaan Generasi Masa Hadapan kepada Tenaga Kerja Negara: National birth crisis: Between the shifts in women’s roles from nurturing future generations to the nation's workforce
Trend penurunan kadar kelahiran di Malaysia semakin ketara dari tahun ke tahun, sehingga berada di bawah paras penggantian. Fenomena ini menggusarkan semua pihak kerana menyebabkan pengecilan populasi, meningkatkan jurang antara generasi, serta menjejaskan kesinambungan…
-
IJISTRA
Menilai Semula Asas Kedaulatan Malaysia: Antara Warisan Raja-raja Melayu dan Diplomasi: Reassessing the fundamental basis of Malaysia’s sovereignty: Between the legacy of the Malay rulers and diplomacy
Artikel ini menilai semula asas kedaulatan Malaysia dengan menelusuri kesinambungan sejarah kenegaraan Melayu yang mendahului penjajahan Barat, serta menekankan peranan institusi Raja-Raja Melayu dan strategi diplomasi sebagai instrumen utama dalam mempertahankan maruah dan wilayah.…
-
IJISTRA
Menilai Semula Konsep Kedaulatan di Malaysia: Reassessing the concept of sovereignty in Malaysia
Ucapan pembukaan ini disampaikan dalam Dialog Kuasa Nasional Siri 3 yang dianjurkan oleh IRIS Institute pada 7 Mei 2025. Ia meneliti secara kritikal asas-asas konseptual kedaulatan di Malaysia melalui kerangka kuasa nasional. Pemahaman tentang…
Vol. 6 No. 10 (2025) 5
-
IJISTRA
Being, time and space: Existential consciousness that shapes the world : Wujud, masa dan ruang: Kesedaran kewujudan yang membentuk dunia
Humanity’s fundamental inquiry throughout history has been the question of existence, distilled into the question: “Who am I?” This fundamental question rooted in human consciousness is grounded in three parameters: being, time, and space,…
-
IJISTRA
Brain drain, education system, and national power: Mapping future agenda: Penghijrahan bakat, sistem pendidikan, dan kuasa nasional: Melakar agenda masa hadapan
Brain drain is a widespread problem, particularly in developing nations. Many countries link the challenges associated with brain drain to issues within the education system, economic conditions, and political stability. However, there is a…
-
IJISTRA
Kuasa nasional: Tinjauan konsep, permasalahan dan peranan dalam pembangunan negara : National power: A review of concept, problems and role in nation building
Dalam kekacauan geopolitik dunia kini, terlalu banyak isu nasional yang dilangkaui, tertinggal atau ditinggalkan. Malaysia terjebak dalam pergelutan blok kuasa dunia dan dilema hala tuju pembangunan negara mengikut acuan asing. Pada masa yang sama,…
-
IJISTRA
Membudayakan amalan baik dalam penyelidikan untuk pembangunan kuasa nasional: Inculcating best practices in research culture for national power development
Pembangunan negara tidak dilakukan berdasarkan kajian dan ilmu sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan politik dan kelompok tertentu berbanding kepentingan nasional. Sehingga kini Malaysia masih tersekat dalam perangkap negara membangun malah bergantung kepada pelaburan dan teknologi…
-
IJISTRA
Menilai semula kedaulatan data Malaysia: Kritikan struktural terhadap Akta Perkongsian Data 2025 : Reassessing Malaysia’s data sovereignty: A structural critique of the Data Sharing Act 2025
Transformasi digital global telah meletakkan data sebagai teras kepada kedaulatan maklumat, kebolehmandirian dasar, dan keutuhan kuasa negara. Dalam konteks ini, Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864) wajar dinilai semula, bukan semata-mata sebagai instrumen pentadbiran…
Vol. 5 No. 9 (2024) 5
-
IJISTRA
Falsafah Budaya dan Pengalaman Budaya Bangsa dalam Pembangunan Negara dan Tamadun: The Cultural Philosophy and National Cultural Experiences that Shape the Development of Nations and Civilisations
Kajian ini mengupas kepentingan budaya dalam pembangunan negara dan tamadun dengan meneliti pengertian istilah dan falsafah budaya serta meninjau pengalaman budaya bangsa dalam sejarah tamadun Islam dan bukan Islam. Budaya merupakan asas pembentukan sebuah…
-
IJISTRA
Keperluan dan Cabaran Dakwah di Sarawak: Suatu Analisis Kualitatif dari Perspektif Aktivis NGO Islam: The Needs and Challenges of Dakwah in Sarawak: A Qualitative Analysis from the Perspective of Islamic NGO Activists
Dalam masyarakat pelbagai etnik seperti Sarawak, penting bagi sesebuah gerakan dakwah untuk memahami dan persepsi dan pandangan aktivis mereka terhadap persekitaran dakwah. Kajian ini menggunakan kaedah temubual bersemuka untuk mendapatkan data, kemudian dianalisis secara…
-
IJISTRA
Komentar: Sejauh Mana Penerbitan Jurnal Menyumbang kepada Pembangunan Ilmu di Malaysia? Commentary: How Far Does Jurnal Publication Contribute to the Development of Knowledge in Malaysia?
Penerbitan jurnal merupakan KPI penting dalam penilaian prestasi ahli akademik dan kualiti penyelidikan di universiti. Namun ia menjadi perniagaan dengan keuntungan lumayan dan mengabaikan pembangunan dan penyebaran ilmu. Obsesi terhadap penerbitan jurnal antarabangsa mendedahkan…
-
IJISTRA
Trend dan Implikasi Pelaburan Langsung Asing (FDI) China di Malaysia : Trend and Implications of China’s Foreign Direct Investments (FDI) in Malaysia
Kajian ini meninjau trend pelaburan langsung asing (FDI) China di Malaysia serta implikasinya bagi menilai sejauh mana pelaburan China di Malaysia menepati aspirasi pembangunan negara. Kerajaan Malaysia berhasrat untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti…
-
IJISTRA
Veto Power in the United Nations Security Council: Evolving World Politics and Development: Kuasa Veto dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu: Dinamika Politik Dunia dan Kemajuan Global
The development of international order based on cooperation manifested in bilateral and later multilateral relations led to the establishment of the League of Nations and later the United Nations. The major foundation on which…
Vol. 5 No. 8 (2024) 5
-
IJISTRA
Book review: Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia: Ulasan buku: Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia
This essay is a personal review of the book Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia edited by Norsaleha Mohd Salleh, Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin and Nur Hanis Mohamad Noor. The book…
-
IJISTRA
Komentar: Sejauh Manakah Keupayaan Penyelidikan Malaysia Menyumbang Kepada Pembangunan Kuasa Nasional? Commentary: How Far does Malaysian Research Capability Contribute to National Power Development?
Isu lambakan penyelidikan di Malaysia yang terperap dalam jurnal telah mendapat perhatian dari banyak pihak. Beberapa punca dan penyelesaian kepada masalah ini telah dilontarkan namun realiti ini tidak akan dapat diubah sekiranya punca sebenar…
-
IJISTRA
Pengaruh Organisasi Politik Islam Indonesia Terhadap Kesedaran Nasionalisme Melayu (1930-1959): The Influence of Indonesia’s Islamic Political Organization on the Awakening of Malay Nationalism (1930-1950)
Perbincangan mengenai pengaruh Indonesia terhadap kesedaran nasionalisme Melayu di Tanah Melayu yang khusus melibatkan kelompok Islamis atau kelompok agama tidak diketengahkan dengan mendalam seperti mana pengaruh dari kelompok kiri, komunis ataupun sosialis. Kajian ini…
-
IJISTRA
The Civil War in Yemen and Saudi Regional Hegemonic Ambition : Perang Saudara Yaman dan Cita-cita Hegemoni Serantau Saudi
The Arab Spring revolution has forced Yemen’s ruler, Ali Abdullah Saleh to resign after 33 years in power. The dispute between Saleh and his successor, Abdurrabuh Mansur Hadi has opened a huge opportunity for…
-
IJISTRA
The Russia-Ukraine War and the Global Balance of Power: Perang Russia-Ukraine dan Keseimbangan Kuasa Dunia
This study examines the geopolitics and geoeconomics implications of the Russia-Ukraine war on the global balance of power. It investigates the impacts of the war on the global economy particularly the trade relations between…
Vol. 4 No. 7 (2023) 5
-
IJISTRA
Analisis Falsafah Ilmu Islam dalam Kitab Al-Dharīʿah Ilā Makārim Al-Sharīʿah : Islamic Philosophy of Knowledge: An Analysis of al-Dharīʿah Ilā Makārim al-Sharīʿah
Kajian ini menganalisis falsafah ilmu Islam dalam kitab al-Dharīʿah ilā Makārim al-Sharīʿah tulisan al-Rāghib al-Iṣfahānī yang membahaskan tentang falsafah Islam serta memfokuskan mengenai falsafah akhlak, etika dan moral. Kajian ini penting untuk memahami kerangka…
-
IJISTRA
Dasar Kerajaan terhadap Pembangunan Ekonomi Orang Melayu di Kuala Lumpur 1957-1974 : Government Policy on the Economic Development of Malays in Kuala Lumpur 1957-1974
Artikel ini membincangkan tema pembangunan ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1957 hingga 1974 dipengaruhi oleh dasar-dasar pembangunan ekonomi kerajaan dan…
-
IJISTRA
Konsep Kejatuhan Peradaban Islam Menurut Islamis, Modenis dan Orientalis pada Abad ke-18 hingga ke-20 : The Concept of the Fall of the Islamic Civilisation according to Islamists, Modernists And Orientalists in the 18th to 20th Centuries
Idea Inhitat atau kejatuhan peradaban Islam merupakan satu idea penting yang melatari sejarah moden dunia Arab. Di era Nahdah atau kebangkitan, pemikir Islam dan modenis dilihat mempunyai idea yang hampir sama dengan orientalis berkenaan…
-
IJISTRA
Perbandingan Falsafah Politik Barat dan Islam : The Comparison of Western and Islamic Political Philosophy
Politik memainkan peranan penting sebagai sebuah sistem kepimpinan untuk mentadbir kehidupan manusia. Akar falsafah politik Islam dan perbezaannya dengan falsafah politik Barat perlu dicungkil dan dibincangkan semula kerana sejak zaman penjajahan sehingga kini, umat…
-
IJISTRA
Sejarah dan Implikasi Pandemik: Kajian Kes Pandemik Selesema Sepanyol, Selesema Asia dan Selesema Hong Kong : The History and Implications of Pandemic: Case Studies of the Spanish Flu, Asian Flu and Hong Kong Flu Pandemics
Kajian ini meninjau sejarah dan implikasi global beberapa pandemik terdahulu iaitu pandemik Selesema Sepanyol 1918, Selesema Asia 1957 dan Selesema Hong Kong 1968 dalam pelbagai aspek seperti kesihatan, ekonomi, sains dan teknologi, sosial serta…
Vol. 4 No. 6 (2023) 5
-
IJISTRA
IHH and AK Party’s Parallelism: HNGO and Government Foreign Policy: Paralelisme Antara IHH dan AKP: HNGO dan Dasar Luar Kerajaan
This paper’s objective is to understand the growing indirect relation between humanitarian efforts of Humanitarian Non-Governmental Organization (HNGO) and states’ foreign policy. This paper argues that Foundation for Human Rights Freedoms and Humanitarian Relief…
-
IJISTRA
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kepimpinan Malaysia di Peringkat Serantau: The Impact of The Covid-19 Pandemic on Malaysian Leadership at the Regional Level
Kajian ini menyelidik bagaimana pandemik COVID-19 memberi kesan kepada reputasi dan kepimpinan Malaysia di peringkat serantau melalui kajian terhadap beberapa aspek meliputi (i) model pengurusan pandemik, (ii) bantuan kemanusiaan, (iii) hubungan bilateral dengan negara-negara…
-
IJISTRA
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Pembangunan Hab Data & Teknologi Kepintaran Buatan di Malaysia: The Impact of The Covid-19 Pandemic on The Development of Data Hub & Artificial Intelligence Technology in Malaysia
Kajian ini menilai impak pandemik COVID-19 dalam bidang sains dan teknologi khususnya berkaitan pembangunan hab data dan teknologi kepintaran buatan (AI) di Malaysia. Pandemik COVID-19 telah melonjakkan digitalisasi dan menyumbang kepada pembangunan hab data…
-
IJISTRA
Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Keupayaan Keselamatan & Pertahanan Negara: The Effect of The Covid-19 Pandemic on National Security & Defense Capabilities
Kajian ini menilai kesan pandemik COVID-19 terhadap keupayaan keselamatan dan pertahanan negara. Pasukan keselamatan dan aset keselamatan negara terlibat secara langsung dalam usaha menangani pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, negara tetap berdepan dengan…
-
IJISTRA
Realiti Gerakan Islam dalam Konteks Pembangunan Peradaban di Asia Tenggara: The Reality of the Islamic Movement in the Context of Civilisation Development in Southeast Asia
Kertas kerja ini telah dibentangkan di Persidangan Kuala Lumpur Summit yang telah diadakan di Turkiye pada Disember 2022. Kertas kerja ini membincangkan persoalan adakah usaha gerakan Islam di Dunia Islam umumnya dan di Asia…
Vol. 3 No. 5 (2022) 5
-
IJISTRA
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Pembangunan Industri Kreatif dan Pusat Media Serantau di Malaysia: The Impact of Covid-19 Pandemic on the Development of Creative Industry and Regional Media Centre in Malaysia
Era pandemik COVID-19 telah memaksa landskap media dan industri kreatif mengalami perubahan dan proses adaptasi secara langsung. Kajian ini menganalisa sejauh mana implikasi pandemik COVID-19 terhadap struktur media dan industri kreatif dari beberapa perspektif…
-
IJISTRA
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Pertumbuhan dan Daya Tahan Populasi di Malaysia : The Impact of Covid-19 Pandemic on Population Growth and Resilience in Malaysia
Kajian ini meneliti impak pandemik COVID-19 terhadap kesihatan dan daya tahan populasi di Malaysia dalam beberapa aspek seperti pertumbuhan populasi, kesihatan mental, keutuhan sistem kekeluargaan dan implikasi vaksin. Melalui analisis yang dilakukan menggunakan data…
-
IJISTRA
India’s Citizenship Amendment Act (CAA) Of 2019: A Case Study of Anti-Muslim Sentiment in India: Akta Pindaan Kewarganegaraan 2019 India: Kajian Kes Sentimen Anti-Muslim di India
Ethnic violence has long been prominent in India, especially among Hindus and Muslims. Debates have taken place over the value of India’s secularist principle, as Muslims in India are continuously faced with discrimination. They…
-
IJISTRA
Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Sekuriti Makanan di Malaysia: The Impact of Covid-19 Pandemic on Malaysia Food Security
Pandemik COVID-19 mendatangkan kesan langsung kepada jaminan keselamatan makanan di Malaysia menerusi pelbagai cara. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisa sejauh manakah implikasi pandemik COVID-19 terhadap keselamatan bekalan makanan dari beberapa aspek utama iaitu…
-
IJISTRA
Norma Baharu: Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Pembangunan Malaysia sebagai Peneraju Penyelidikan dan Pusat Rujukan Serantau: The New Norm: The Impact of Covid-19 Towards Malaysia’s Development as the Leading Regional Power in Research and Knowledge
Pandemik COVID-19 telah menunjukkan penggabungan dimensi siber dan fizikal adalah tidak mustahil dan telah menjadi norma baharu dalam kehidupan hari ini. Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan sejauh mana pandemik COVID-19 memberi impak kepada…
Vol. 3 No. 4 (2022) 5
-
IJISTRA
Amalan Pengajaran Dalam Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH): Teaching Practices in Lifelong Islamic Education Courses
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan antara satu program di bawah unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan amalan pengajaran yang digunakan dalam kursus pendidikan Islam…
-
IJISTRA
Implementasi Pengajaran Solat Dapat Membina Kemahiran Pembelajaran Aktif Menggunakan Model Pengajaran Rasulullah SAW: Implementation of Prayer Teaching in Developing Active Learning Skills Based on the Teaching Model of the Prophet SAW
Pembelajaran aktif adalah pendekatan pengajaran yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi ia kerana dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Namun aplikasinya masih kurang di Malaysia. Pendekatan pengajaran yang masih bersifat tradisional, guru…
-
IJISTRA
Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Trajektori Ekonomi Malaysia : Impact of COVID-19 Pandemic towards Malaysia’s Economic Trajectory
Kajian ini meninjau kesan pandemik COVID-19 terhadap trajektori ekonomi Malaysia. Krisis kesihatan ini telah menyebabkan gangguan ekonomi dan sosial yang dahsyat apabila aktiviti ekonomi global hampir terhenti. Kos ekonomi yang tinggi dan pelbagai akibat…
-
IJISTRA
Keynote Speech: Sustainability of Fiscal Policy in Malaysia: Ucaptama: Kemampanan Dasar Fiskal di Malaysia
This keynote speech was delivered at the International Conference on Interdisciplinary and Strategic Studies (ICRIS) on August 12, 2021. It shed light on the sustainability of fiscal policy especially during the COVID-19 pandemic and…
-
IJISTRA
Konsep Deep State: Satu Penilaian Semula: Revisiting the Concept of Deep State
Kajian ini cuba melihat semula konsep deep state melalui sudut pandang struktur, jaringan dan modus operandinya di beberapa buah negara. Deep state adalah suatu konsep yang digunakan dalam lapangan sains politik bagi menerangkan kewujudan…
Vol. 2 No. 3 (2021) 5
-
IJISTRA
Holistic Transformative Development Amid Global Pandemic - Singapore’s Journey : Pembangunan Transformatif Holistik di Tengah Pandemik Global – Perjalanan Singapura
COVID-19 is a global pandemic (Jaihah) that brings hardships (Haraj). This has affected all aspects of our life. The United Nations Development Programme reported that uncertainties due to this global pandemic are manifold. Under…
-
IJISTRA
Keynote Speech: Colonial-Capitalism and Its Impact on Natural Resources in The Colonised World: Ucaptama: Kolonial-Kapitalismme dan Kesannya terhadap Sumber Alam di Tanah Jajahan
This keynote speech was delivered at the International Conference on Interdisciplinary and Strategic Studies (ICRIS) on August 12, 2021. It explains the concept of colonial-capitalism and highlights the importance of understanding the underlying logic…
-
IJISTRA
Mineral Kritikal dari Perspektif Keselamatan Negara: Critical Minerals from a National Security Perspective
Mineral kritikal (menurut United States Geological Survey, USGS) boleh dikategorikan sebagai 'komoditi mineral yang mempunyai kegunaan penting serta tiada pengganti berdaya maju, namun berdepan dengan potensi gangguan bekalan, ditakrifkan sebagai kritikal kepada keselamatan ekonomi…
-
IJISTRA
Nearby Pockets for Promoting Students' Social Interaction on Malaysian Campus Ground: Taman Poket Berdekatan untuk Menggalakkan Interaksi Sosial Pelajar di Kawasan Kampus di Malaysia
Recently, nearby pockets on campus ground have become an important tool to improve academic outcomes by enhancing students’ social-learning activities. However, nearby open spaces and pocket parks of Malaysian universities lack the promotion of…
-
IJISTRA
Penakrifan Semula Falsafah Sumber Asli untuk Pembinaan Peradaban Islam: Satu Sorotan Awal: Redefining the Philosophy of Natural Resources for the Development of Islamic Civilisation: A Preliminary Review
Pembangunan yang digerakkan oleh sesebuah peradaban pastinya memerlukan sumber asli sebagai pemangkin. Justeru falsafah yang mendasari pembinaan sebuah peradaban akan menentukan kesan pembangunan terhadap kelangsungan sumber asli. Walaupun digerakkan dengan ilmu sains tabie yang…
Vol. 2 No. 2 (2021) 5
-
IJISTRA
Implikasi Pandemik COVID-19 terhadap Ekonomi Global dan Ekonomi Malaysia : Implications of COVID-19 Pandemic on Global Economy and Malaysian Economy
Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global. Dalam penulisan ini, pendapat dan penulisan daripada ahli akademik, pemerhati politik dan…
-
IJISTRA
Intra-Regional Alignment Strategy of Small States in Gulf area: Cases of Qatar and United Arab Emirates (UAE): Strategi Penjajaran Politik Serantau Negara-Negara Teluk: Kes Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)
The Middle East may not possess any great power, but the region has, within itself, several states that hold relatively bigger capabilities and resources compared to the others. Saudi Arabia, Iran, Israel, Egypt, and…
-
IJISTRA
Konsep Bandar Menurut Peradaban Melayu: The Concept of City in Malay Civilization
Peradaban Melayu memanifestasikan falsafah kehidupan mereka ke dalam bentuk sebuah kota. Kerajaan Melayu agraria mengutamakan ekonomi pertanian dan bertempat di sepanjang sungai. Manakala kerajaan Melayu maritim pula yang melaksanakan perdagangan di pesisiran laut. Kedua-dua…
-
IJISTRA
Modus Operandi Gerakan Liberalisme di Malaysia : The Modus Operandi of Liberalism Movement in Malaysia
Liberalisasi adalah proses tersusun dalam mempromosi dan menerapkan bentuk-bentuk pemikiran bebas dalam minda masyarakat khususnya umat Islam. Matlamat asasnya adalah untuk membebaskan pemikiran umat Islam daripada pandangan-pandangan turath yang dianggap tidak munasabah dan menyekat…
-
IJISTRA
Tapping the Potential of Rice Research for Sustainable Agricultural Development: Lessons from Malaysia’s Public Research Institutions: Mengenal Pasti Potensi Penyelidikan Padi untuk Pembangunan Pertanian Lestari: Pengajaran daripada Institusi Penyelidikan Awam di Malaysia
This paper explores the achievements, implications and future potential of rice research to achieve sustainable agricultural development in Malaysia according to the Quadruple Helix Innovation Model. The case study on Malaysian Agricultural Research and…
Vol. 1 No. 1 (2020) 6
-
IJISTRA
Hubungan geopolitik dan perdagangan alam Melayu dengan dunia Arab: Geopolitical and trade relations between Malay realm and Arab world
Kekayaan Alam Melayu dengan hasil bumi seperti emas, bijih besi, bijih timah dan rempah-ratus menjadikannya sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang dunia, termasuklah dari Dunia Arab. Dominasi laluan perdagangan di Lautan Hindi…
-
IJISTRA
Pencapaian hubungan diplomatik Kerajaan Melayu berdasarkan kajian manuskrip Melayu: The attainments of the Malay diplomacy based on the study of Malay manuscripts
Hubungan diplomatik ialah hubungan yang terjalin antara dua atau lebih kerajaan yang berhasil mendapatkan titik persamaan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan. Matlamat utama ialah perdamaian. Sesebuah kerajaan tidak akan dapat menjalinkan hubungan sekiranya tiada…
-
IJISTRA
Pencapaian teknologi Alam Melayu dan kesannya terhadap politik ekonomi antarabangsa: Technological achievements of Malay world and its impact on international political economy
Berdasarkan bukti arkeologi dan catatan sejarah, bangsa Melayu telah mencapai kemajuan teknologi dalam pelbagai lapangan seperti perkapalan, seni bina, pertanian, pengairan dan lain-lain. Selain memiliki tamadunnya tersendiri, masyarakat di Alam Melayu juga telah terdedah…
-
IJISTRA
Penguasaan maritim dan aktiviti perdagangan antarabangsa kerajaan-kerajaan Melayu: Maritime control and international trade activities of Malay kingdoms
Kapal dan pelaut Melayu merupakan antara yang terbaik dalam kegiatan maritim tradisional dunia. Ia telah wujud lebih lama daripada mereka yang lebih dipopularkan dalam bidang ini – Phoenicians, Greek, Rom, Arab dan juga Vikings.…
-
IJISTRA
Perjanjian damai Filipina-Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan komitmen Presiden Benigno Aquino III: The Philippines-Moro Islamic Liberation Front (MILF) peace agreement and the commitment of President Benigno Aquino III
Komitmen dan kepimpinan Presiden Benigno Aquino III menjadi titik tolak penting kepada termeterainya perjanjian damai antara Republik Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) bermula dari tahun 2012 hingga berakhir tempoh pentadbirannya sebagai Presiden…
-
IJISTRA
Sejarah, perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa Kedah Tua dari kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi: History, economic development and international relations of Kedah Tua from the 2nd to 14th century AD
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat kepada perkembangan kronologi sejarah, ekonomi dan hubungan antarabangsa yang berlaku dalam kerajaan Melayu Kedah Tua dari kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi. Pendekatan yang diambil untuk berhujah adalah dengan…