Tawaran Geran Kajian Tenaga Strategik Malaysia
TAWARAN GERAN KAJIAN TENAGA STRATEGIK Apakah langkah strategik yang perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia kekal mandiri, berdaya tahan dan berdaulat dalam menghadapi cabaran tenaga pada masa hadapan? Apakah pula…
TAWARAN GERAN KAJIAN TENAGA STRATEGIK
Apakah langkah strategik yang perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia kekal mandiri, berdaya tahan dan berdaulat dalam menghadapi cabaran tenaga pada masa hadapan?
Apakah pula peranan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan strategik dalam landskap tenaga Malaysia?
Persoalan-persoalan besar ini memerlukan penyelidikan yang mendalam, berasaskan bukti dan berpandangan jauh.
Justeru, IRIS Institute menawarkan Geran Kajian Tenaga Strategik Malaysia bagi menyokong dua kajian strategik:
01 | Tenaga Strategik untuk Masa Depan Tenaga Negara yang Mandiri dan Berdaulat
02 | Potensi Tenaga Nuklear sebagai Tenaga Strategik Malaysia
Nilai Geran: RM6,000 bagi setiap kajian
Tempoh Kajian: 6 bulan
Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2026
Kami mengalu-alukan penyertaan para penyelidik yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan gagasan strategik untuk menyumbang kepada pembentukan wacana serta hala tuju tenaga negara.
📌 Imbas kod QR untuk mendapatkan Garis Panduan Geran dan Borang Permohonan.
📌Sebarang persoalan, sila klik pautan atau imbas kod QR:
Dr. Siti : https://wa.me/60136623394
Asal di Telegram IRIS Institute.


