Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Berita

Alumni Pertama Program Kepimpinan Nasional IRIS Institute

Alumni Pertama Program Kepimpinan Nasional IRIS Institute IRIS Institute mengucapkan tahniah kepada Saudara Aiman Harith Muhaimin yang telah berjaya menamatkan Program Kepimpinan Nasional setelah hampir tiga bulan…

Alumni Pertama Program Kepimpinan Nasional IRIS Institute

IRIS Institute mengucapkan tahniah kepada Saudara Aiman Harith Muhaimin yang telah berjaya menamatkan Program Kepimpinan Nasional setelah hampir tiga bulan menjalani program ini.

Sepanjang tempoh program, Saudara Aiman telah didedahkan kepada cara memahami realiti semasa negara dalam kerangka Kuasa Nasional melalui proses analisis penyelidikan, penulisan dan pembacaan. Beliau memilih Nadir Bumi sebagai fokus kajian yang merupakan salah satu sumber nasional negara dalam pembangunan industri Malaysia.

Saudara Aiman telah menghasilkan satu Ringkasan Polisi bertajuk Kemandirian Industri Nadir Bumi Malaysia: Pengupayaan di Peringkat Pertengahan (Midstream). Beliau juga berjaya menulis dua artikel untuk terbitan Fokus.my, iaitu Radar dan Landskap. Hasil kajian dan penulisan ini membuka ruang kefahaman yang lebih luas berkaitan industri nadir bumi di Malaysia.

Pihak IRIS Institute turut berbangga dengan inisiatif Saudara Aiman untuk memanfaatkan tempoh cuti summer break dengan menyertai Program Kepimpinan Nasional di IRIS Institute. Kesediaan beliau untuk mendapatkan pengalaman baharu, mencabar diri dan meningkatkan kompetensi penyelidikan merupakan satu usaha yang wajar dipuji.

Sebagai tanda tamatnya program, Sijil Certificate of Completion telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) IRIS Institute, Saudara Asyraf Farique, sebagai tanda rasmi bahawa beliau telah menamatkan program dan menjadi alumni Program Kepimpinan Nasional IRIS Institute.

Semoga pengalaman, kefahaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan untuk beliau terus mengembangkan kompetensi, memperluas pengalaman serta menyumbang melalui penyelidikan dan penulisan berkaitan solusi strategik nasional pada masa akan datang.

Tahniah dan selamat maju jaya, Saudara Aiman Harith Muhaimin!

Asal di Telegram IRIS Institute.

Continue reading

More insights

All insights
Berita

Tawaran Geran Kajian Tenaga Strategik Malaysia

TAWARAN GERAN KAJIAN TENAGA STRATEGIK Apakah langkah strategik yang perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia kekal mandiri, berdaya tahan dan berdaulat dalam menghadapi cabaran tenaga…

IRIS InstituteSeptember 4, 2026