PETALING JAYA, 9 Julai 2019, Selasa – IRIS Institute menghadiri seminar “Development and Transformation in Southeast Asia: The Political Economy of Equitable Growth” anjuran Universiti Malaya bersama Program European Union’s Horizon 2020 di Sheraton Hotel.

IRIS Insitute diwakili oleh Saudari Hanis Noor, Pegawai Penyelidik IRIS bagi mendengar dan mendapatkan pandangan berkaitan isu pelaburan China melalui Projek Belt and Road serta pandangan lain yang dapat membantu kajian IRIS Institute.

Antara speaker yang hadir adalah Dr. Jomo Kwame Sundaram (Wakil Khazanah Research Institute), Prof Edmund Terence Gomez (Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya), Prof Jonathan Rigg (Universiti Bristol) dan Prof Pietro Masina (University Naples L’Orientale).