CYBERJAYA, 4 Julai 2019, Khamis – IRIS Institute menghantar wakil ke persidangan SDG (Sustainable Development Goals Conference) dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di LimKokWing University of Creative Technology, Cyberjaya bagi mendengar pembentangan dan perbincangan diskusi mengenai isu yang diketangahkan di persidangan tersebut.

IRIS Institute diwakili oleh pelajar Latihan Industri iaitu Irfan Izhar dan Arif Rossidi bagi mendengar idea yang diketengahkan panel jemputan Persidangan SDG. Antara agenda yang dibentangkan ialah melibatkan isu keseramataan gender, penglibatan wanita, isu berkaitan alam sekitar, isu dalam sektor pekerjaan, kewangan islam dalam konteks wakaf dan beberapa agenda yang lain. Turut hadir di persidangan adalah Ahli Parlimen Rembau YB Khairi Jamaluddin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama YB Fauziah Salleh, Timbalan Menteri Kesihatan YB Lee Boon Chye serta turut hadir Timbalan Menteri Pembagunan Usahawan iaitu YB Dr. Mohd Hatta Ramli.