Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Trump tuntut negara bayar USD 1 bilion sekiranya mahu kekal dalam Lembaga Keamanan

Donald Trump yang menubuhkan Board of Peace (BOP) atau Lembaga Keamanan menuntut bayaran USD1 bilion bagi negara-negara yang…

Donald Trump yang menubuhkan Board of Peace (BOP) atau Lembaga Keamanan menuntut bayaran USD1 bilion bagi negara-negara yang mahu kekal dalam lembaga itu.

Ahli lembaga akan berkhidmat selama penggal tiga tahun, jika mereka mahukan kerusi tetap, ia akan dikenakan kos yang tinggi iaitu sumbangan sebanyak USD$1 bilion. – CNN

Trump mengumumkan kenyataan ini serta memilih lebih 60 negara yang layak untuk menyertai lembaga ini, diketuai oleh beliau sebagai pengerusi sulung. – SCMP, The Week

Menurut laporan portal CBS News, lebih 10 negara yang telah menandatangani untuk menyertai Lembaga Keamanan iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Morocco, Belarus, Hungary, Vietnam dan Canada yang telah menyatakan secara terbuka. – CBS News, Vietnam News

Selain itu, antara negara yang mendapat jemputan adalah Rusia, China, Itali, Singapura dan Kesatuan Eropah (EU). – CNN, CNA, Decode 39

Manakala Perancis telah menolak keahlian dalam lembaga itu, dengan alasan kebimbangan bahawa ia akan mewujudkan sistem yang berasingan daripada PBB. – CNN

Amerika pada asalnya menubuhkan Lembaga Keamanan sebagai badan pengamanan yang tertumpu pada Gaza dan telah mendapat mandat daripada Majlis Keselamatan PBB atas tugasan tersebut sehingga akhir tahun 2027. – Times of Israel

Namun, Lembaga Keamanan ini dikritik seolah-olah mahu menggantikan PBB disebabkan draf piagam yang dihantar bersama-sama dengan jemputan untuk menyertai, langsung tidak merujuk kepada Gaza. – CNN, Times of Israel

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights