Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Sarawak Terima Penerbangan Terus Pertama Dari China, Jangka Terima Lebih Banyak Pelancong China Menjelang 2026

Sarawak dijangka terima gelombang pelancong China pada 2026 susulan ketibaan penerbangan sulung charter dari China ke Kuching. Pada…

Sarawak dijangka terima gelombang pelancong China pada 2026 susulan ketibaan penerbangan sulung charter dari China ke Kuching.

Pada Sabtu lalu, penerbangan sulung charter berjadual 9Air dari Haikou ke Kuching telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 5.10 pagi. – MalayMail

Ketibaan tersebut disambut oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin yang menerima delegasi termasuk Penolong Presiden dan Pengurus Besar Jabatan Rangkaian Laluan 9Air Cai Xing yang tiba bersama kumpulan pertama pelancong dari China. – MalayMail

Dalam kenyataan selepas acara itu, Lee menggalakkan syarikat penerbangan itu memanfaatkan momentum berkenaan dengan meneroka laluan terus dari pusat ekonomi utama seperti Guangzhou dan Shenzhen ke Kuching. – Utusan Borneo

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pelancaran perkhidmatan tersebut menandakan satu langkah bermakna dalam usaha memperkukuhkan rangkaian penerbangan terus Sarawak dengan bandar-bandar utama di China. – Utusan Borneo

“Dengan penambahan ini, Kuching menjadi destinasi kedua 9Air di Malaysia selepas Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan perkembangan kehadiran syarikat penerbangan itu dalam pasaran Asia Tenggara,” katanya. – Utusan Borneo

Terdahulu, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) terus memperkukuh kedudukannya di pasaran China menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui kerjasama strategik dengan Royal Brunei Airlines (RBA) menerusi Seminar Rangkaian Perniagaan Sarawak di Beijing dan Taiyuan dari 28 hingga 30 Oktober lalu. – TVSarawak

Kerjasama dengan RBA memperluas akses penerbangan antara China dan Sarawak melalui laluan Beijing–Bandar Seri Begawan–Kuching termasuk tajaan tiket pergi balik untuk pemenang cabutan bertuah, membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman pelancongan di Sarawak. – TVSarawak

Disediakan oleh:

Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights