Filipina jemput India, Korea Selatan sertai ‘SQUAD’, perkukuh rangkaian keselamatan Amerika Syarikat di Indo-Pasifik
Pakatan keselamatan ‘Squad’ yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) kini dalam usaha memperluaskan keanggotaannya dengan menyertakan India dan Korea…
Pakatan keselamatan ‘Squad’ yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) kini dalam usaha memperluaskan keanggotaannya dengan menyertakan India dan Korea Selatan, sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan rangkaian keselamatan di Indo-Pasifik serta mengekang pengaruh China yang semakin berkembang di rantau itu.
Ketua Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo S. Brawner berkata “bersama Jepun dan rakan-rakan kami, kami sedang berusaha untuk memperluaskan pakatan ‘Squad’ dengan menyertakan India dan mungkin juga Korea Selatan.” – Reuters
Pembentukan pakatan ‘Squad’ adalah sebahagian daripada perubahan lebih luas ke arah kumpulan “minilateral” ad hoc yang terdiri daripada negara-negara sehaluan. – Diplomat
AS turut memainkan peranan dalam menyelaras beberapa pakatan lain, termasuk Quadrilateral Dialogue (Quad) yang melibatkan Australia, India, Jepun, dan AS; AUKUS, gabungan Australia, United Kingdom, dan AS; serta pakatan tiga hala Jepun-Filipina-AS. – Diplomat
Menurut penyelidik daripada Observer Research Foundation, pembentukan pakatan ‘Squad’ mencerminkan keperluan untuk “kerangka pelengkap baharu bagi memperkukuh keselamatan maritim di [Laut China Selatan] melalui jaringan aturan keselamatan yang berdaya maju, sama ada secara dua hala atau tiga hala.” – ORF
Selain itu, Ia juga mencerminkan “kegagalan institusi multilateral seperti ASEAN di rantau ini serta keengganan banyak anggota ASEAN untuk secara terang-terangan mengecam tindakan paksaan China.” – ORF
Pakatan ‘Squad’ adalah kumpulan multilateral tidak rasmi yang terdiri daripada Australia, Jepun, Filipina, dan Amerika Syarikat. Angkatan pertahanan negara-negara ini telah menjalankan aktiviti maritim bersama di zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina di Laut China Selatan sejak tahun lalu. – Reuters
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


