Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Eropah, OIC sokong pelan negara Arab kecualikan Hamas dalam pentadbiran baharu Gaza

Menteri luar Perancis, Jerman, Itali, dan United Kingdom dalam satu kenyataan bersama pada hari Sabtu menyatakan bahawa mereka…

Menteri luar Perancis, Jerman, Itali, dan United Kingdom dalam satu kenyataan bersama pada hari Sabtu menyatakan bahawa mereka menyokong rancangan pembinaan semula Gaza yang bakal mengecualikan Hamas daripada pentadbiran baharu Gaza di bawah pelan ini. – Al Jazeera

“Rancangan ini menunjukkan jalan realistik untuk pembinaan semula Gaza dan menjanjikan – jika dilaksanakan – peningkatan yang pantas dan mampan terhadap keadaan kehidupan yang amat kritikal bagi penduduk Palestin di Gaza,” kata kenyataan itu. – Al Jazeera

Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Hamas “tidak boleh lagi mentadbir Gaza atau menjadi ancaman kepada Israel” dan keempat-empat negara itu “menyokong peranan utama Pihak Berkuasa Palestin serta pelaksanaan agenda pembaharuannya.” – Al Jazeera

Terdahulu, pada 4 Mac, para pemimpin Arab bersetuju untuk menerima pakai rancangan pembangunan semula Gaza yang dibentangkan Mesir pada sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah. – Al Jazeera

Selain itu,  OIC yang terdiri daripada 57 negara anggota juga secara rasmi menerima pakai rancangan tersebut dalam mesyuarat tergempar di Jeddah, Arab Saudi. – Al Jazeera

Rancangan pembinaan semula Gaza yang dianggarkan menelan kos sebanyak $53 bilion ini terdiri daripada tiga peringkat utama: langkah-langkah sementara, pembinaan semula, dan tadbir urus. – Al Jazeera

Dalam rancangan itu, sekumpulan “teknokrat Palestin bebas” akan dilantik untuk menguruskan hal ehwal di Gaza, yang secara efektif akan menggantikan Hamas. – Al Jazeera

Kerajaan teknokrat ini akan bertanggungjawab dalam mengawasi bantuan kemanusiaan dan membuka jalan bagi Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mentadbir Gaza, menurut Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi. – Al Jazeera

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights