Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

AS lulus transaksi senjata bernilai lebih USD 5 bilion kepada Mesir, perkukuh pengaruhnya di Timur Tengah

Amerika Syarikat memperkukuhkan lagi pengaruhnya di Timur Tengah, khususnya di Gaza, dengan meluluskan penjualan ketenteraan bernilai sekitar USD5.35…

Amerika Syarikat memperkukuhkan lagi pengaruhnya di Timur Tengah, khususnya di Gaza, dengan meluluskan penjualan ketenteraan bernilai sekitar USD5.35 bilion kepada Mesir.

Dalam kenyataan berasingan pada hari yang sama, DSCA turut mengumumkan bahawa Mesir akan menerima sehingga 2,183 peluru berpandu Lockheed Martin AGM-114R Hellfire dalam pakej bernilai USD630 juta, yang merangkumi alat ganti, logistik, dan latihan. – DSCA

Menurut DSCA, “Penjualan ini akan menyokong dasar luar dan keselamatan negara Amerika Syarikat dengan membantu meningkatkan keselamatan sebuah negara Sekutu Utama Bukan NATO yang terus menjadi rakan strategik penting di Timur Tengah.” – DSCA

Amerika Syarikat sebelum ini dilaporkan memberikan bantuan ketenteraan bernilai USD1.3 bilion kepada Mesir sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mengekalkan penguasaan Israel ke atas Koridor Philadelphi, yang merupakan salah satu syarat genjatan senjata yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – Fokus

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights