Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

TotalEnergies kini pemilik tunggal Sapuraomv, ambil alih dua blok luar pesisir di Sarawak

Syarikat petroleum Perancis, TotalEnergies berjaya mengambil alih kawalan ke atas dua blok luar pesisir Sarawak selepas melengkapkan pengambilalihan…

Syarikat petroleum Perancis, TotalEnergies berjaya mengambil alih kawalan ke atas dua blok luar pesisir Sarawak selepas melengkapkan pengambilalihan 100% kepentingan yang dipegang oleh OMV (50%) dan Sapura Upstream Assets Sdn Bhd (50%) dalam pengeluar gas Malaysia, SapuraOMV Upstream.

Menurut Pengerusi Interimnya yang baru dilantik, Shahin Farouque Jammal Ahmad pelupusan ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap rancangan penyusunan semula dan pelarasan hutang jangka panjangnya. – The Edge

Terlebih dahulu, OMV pada 31 Januari memaklumkan bahawa ia telah mencapai perjanjian dengan TotalEnergies Holdings SAS (“TotalEnergies”) untuk penjualan 50% kepentingannya dalam modal saham terbitan SapuraOMV Upstream Sdn. Bhd. (“SapuraOMV”) di Malaysia. – OMV

Dalam kenyataan medianya, OMV menyatakan jumlah keseluruhan pertimbangan tunai adalah sebanyak AS$903 juta. Jumlah ini merangkumi pembayaran penuh pinjaman pemegang saham sebanyak AS$350 juta yang diberikan oleh OMV kepada SapuraOMV, serta modal kerja bersih dan elemen lain dengan pertimbangan tertakluk kepada pelarasan penutupan. – OMV

SapuraOMV mempunyai kepentingan yang dikendalikan sebanyak 40% dalam blok SK408 dan 30% dalam blok SK310, kedua-duanya terletak luar pesisir Sarawak di Malaysia. Pengambilalihan ini melengkapkan portfolio sedia ada TotalEnergies di Malaysia yang terdiri daripada 40% dalam blok SB412, 34.9% dalam kedua-dua blok SB-2K dan SB-N, serta 85% dalam blok DW2E. – TotalEnergies

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights