Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Kebergantungan Dana Kepada Negara Maju Jejas Perlaksanaan RUU Perubahan Iklim Negara

Malaysia mengharapkan pembiayaan daripada negara maju dalam langkahnya ingin memperkenalkan dan melaksanakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN).…

Malaysia mengharapkan pembiayaan daripada negara maju dalam langkahnya ingin memperkenalkan dan melaksanakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN).

Berdasarkan Kertas Konsultasi Awam RUUPIN, kerajaan bakal menubuhkan satu dana yang dikenali sebagai “Dana Iklim Kebangsaan” yang berasaskan pelaburan domestik dan antarabangsa dan merangkumi sumber awam dan swasta. – NRES

“Sungguh mengecewakan melihat bagaimana negara-negara maju membelanjakan trilion dolar untuk membiayai peperangan dan konflik, sedangkan negara-negara Selatan Global dinafikan pembiayaan yang lebih besar untuk tindakan iklim,” katanya. – Bernama

Nik Nazmi menegaskan bahawa pembiayaan dari negara maju amat penting untuk menyokong penyediaan Pelan Adaptasi Nasional yang bertujuan meningkatkan koordinasi dalam usaha adaptasi perubahan iklim. Tambahnya, sekiranya pembiayaan tersebut tersedia, Malaysia mampu melaksanakan lebih banyak inisiatif.

“Pada masa ini, kami sedang merangka Nationally Determined Contribution (NDC 3.0), dan kami komited untuk mengemukakannya pada tahun hadapan,” ujarnya. – Bernama

Terdahulu, Malaysia bersama negara membangun lain mempertikaikan jumlah bantuan kewangan iklim yang ditawarkan oleh negara maju pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) pada 22 November lalu. – NST

Persidangan ini gagal mencapai kesepakatan penuh, negara membangun tidak bersetuju dengan nilai dana sebanyak AS$250 bilion setahun yang dicadangkan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan sekutu lain. – NST

Bagaimanapun, negara maju dilaporkan sedia menaikkan jumlah tersebut kepada AS$300 bilion setahun, namun ia masih dianggap tidak mencukupi oleh negara-negara membangun yang memerlukan dana lebih besar untuk menangani cabaran perubahan iklim. – NST

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights