Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Sarawak pertimbang perkenal semula pengajian Bible di sekolah rendah

Pengaruh Kristian di Sarawak dijangka semakin kukuh susulan cadangan untuk memperkenalkan semula pengajian Bible di peringkat sekolah rendah…

Pengaruh Kristian di Sarawak dijangka semakin kukuh susulan cadangan untuk memperkenalkan semula pengajian Bible di peringkat sekolah rendah dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan negeri.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk perbincangan lanjut. – Malay Mail

“Gerakan Kristian pada peringkat awal memperkenalkan program pendidikan, dengan pengajian Bible menjadi sebahagian penting dalam kurikulum yang terbuka kepada pelajar pelbagai latar belakang,” katanya. – Borneo Post

John Ilus turut menekankan peranan besar mubaligh Kristian daripada aliran Roman Katolik, Anglikan, dan Methodist dalam membentuk sistem pendidikan Sarawak ketika era Brooke. – Borneo Post

Sokongan turut disuarakan oleh Persatuan Kristian Evangelikal Sarawak. Pengerusinya, Pastor Gremang Ujang, berkata pihaknya menyokong penuh cadangan itu.

“Kami menyeru kerajaan negeri untuk mengambil langkah segera memperkenalkan semula pengajian Bible sebagai mata pelajaran rasmi di sekolah-sekolah Sarawak,” katanya. – The Vibes

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights