Ramasamy dakwa Warlord Cina ada pengaruh terhadap ahli bukan cina DAP, berkuasa tentukan kedudukan ahli bukan Cina
Bekas pemimpin DAP, P. Ramasamy, mendakwa pengaruh “warlord” Cina memainkan peranan utama dalam penyingkiran Gobind Singh daripada jawatankuasa…
Bekas pemimpin DAP, P. Ramasamy, mendakwa pengaruh “warlord” Cina memainkan peranan utama dalam penyingkiran Gobind Singh daripada jawatankuasa DAP Selangor, selepas beliau hanya menduduki tempat ke-16 dalam pemilihan jawatankuasa negeri parti itu.
Menurut Ramasamy, DAP secara umumnya adalah parti yang didominasi oleh masyarakat Cina, dengan menambah bahawa “warlord” berkuasa mengawal akses bagi calon bukan Cina, yang seterusnya mengehadkan peluang mereka untuk naik walaupun berbakat. – FMT
Kenyataan Ramasamy itu dibuat sebagai respon terhadap kekalahan Gobind pada 10 November, yang gagal memperoleh satu daripada 15 tempat dalam pemilihan jawatankuasa negeri parti itu apabila hanya memperoleh tempat ke-16 dengan 675 undi. – FMT
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


