Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Amerika Syarikat lobi Malaysia supaya guna teknologi dan produknya dalam industri bahan api penerbangan hijau (SAF) negara

Amerika Syarikat, sebagai penyedia dan pengeluar utama teknologi dan minyak untuk pasaran global Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF),…

Amerika Syarikat, sebagai penyedia dan pengeluar utama teknologi dan minyak untuk pasaran global Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), kini melobi Malaysia agar menggunakan perkhidmatannya dalam pembangunan industri SAF di negara ini.

Kaunselor Ekonomi di Kedutaan AS di Malaysia, Dave Williams berkata “kami berharap Malaysia dapat memanfaatkan teknologi baharu dan usaha pengkomersialan untuk SAF, dan kami mengalu-alukan usaha Malaysia dalam bidang ini.” – Malay Mail

Menurut laporan Statista, Amerika Syarikat mendahului senarai sebagai pengeluar utama SAF, dengan syarikat-syarikat seperti Gevo Inc, Fulcrum BioEnergy, dan Alder Fuels di barisan hadapan. Selain itu, syarikat-syarikat terkemuka dari Eropah seperti Shell, Neste, dan Raven SR juga tersenarai sebagai pemain utama dalam industri ini. – Statista

Langkah AS ini adalah sebahagian daripada inisiatif iklim yang diperkenalkan pada 2022 melalui undang-undang pendanaan iklim dan Akta Pengurangan Inflasi. Menerusi inisiatif ini, syarikat AS seperti Gevo Inc menerima dana untuk memperkukuhkan kedudukan AS dalam industri baharu ini. – Gevo

Pada ucapan Belanjawan 2025, Malaysia mengumumkan potensi kerjasama antara Petronas dan syarikat perladangan sawit utama (SD Guthrie dan FGV Holding) untuk menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada sisa kilang kelapa sawit. Pada ketika ini, Malaysia tiada kilang pengeluaran yang sedang beroperasi bagi tujuan ini. – Belanjawan 2025, Qcintel

Bagaimanapun, Petronas dengan kerjasama Enilive S.p.A, dan Euglena mengumumkan pembangunan kilang penapisan bio di Pengerang. Manakala, Pengeluar biofuel China, EcoCeres juga telah membina kilang penapisan RD/SAF setahun 350,000 mt setahun di Pasir Gudang, yang akan mula beroperasi pada separuh kedua 2025. – Qcintel

Berdasarkan National Energy Transition Roadmap (NETR), kerajaan menyasarkan penggunaan SAF dalam sektor penerbangan domestik meningkat sehingga 47 peratus. Pembangunan industri SAF negara juga dilaporkan selaras dengan agenda Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menerima pakai Matlamat Aspirasi Global Jangka Panjang (LTAG). – NETR

Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen Malaysia kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk memperoleh pensijilan bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada badan antarabangsa. – NETR

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights