Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Paip haram punca 60 peratus daripada bekalan air di Sabah tidak sampai kepada pengguna sah, kesan daripada lambakan warga asing

Penduduk di Sabah hanya dapat menikmati 28 peratus daripada jumlah pengeluaran air negeri disebabkan kegiatan mencuri air yang…

Penduduk di Sabah hanya dapat menikmati 28 peratus daripada jumlah pengeluaran air negeri disebabkan kegiatan mencuri air yang dilakukan oleh kilang-kilang dan penempatan setinggan.

Ini menunjukkan Sabah mempunyai hampir 60 peratus lebihan air yang tidak digunakan oleh pengguna domestik dan bukan domestik.

Pada Jun lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram telah dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil (NRW) di Sabah. – Astro Awani

Katanya, “tangkap mereka (pesalah) dan dakwa di mahkamah. Begitu juga, kami mahu kilang-kilang yang didapati mencuri air dibawa ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.” – Astro Awani

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada Julai lalu menyatakan sebanyak 1,888 sambungan paip air haram di negeri ini berjaya dipotong dalam operasi pemotongan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Langkah ini datang selepas agensi itu memotong 24 sambungan paip haram oleh penghuni setinggan di Kampung Suang Parai, Sepanggar pada Jun berikutan gangguan bekalan air kepada pengguna berdaftar di sekitar Sepanggar. – Sabah Media, Bharian

Sebelum ini, Fokus melaporkan 28 peratus daripada populasi Sabah adalah warga asing yang kebanyakannya merupakan warga Indonesia dan Filipina. – Fokus

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights