Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Lima Syarikat China Penuhi Taman Tenaga Boleh Baharu (TBB) Johor, Tingkatkan Pengaruh China dalam Industri TBB Negara

Taman Perindustrian Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Johor bakal dipenuhi syarikat China yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pengaruh…

Taman Perindustrian Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Johor bakal dipenuhi syarikat China yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pengaruh China di dalam industri TBB Malaysia.

Syarikat yang dimaksudkan itu adalah China Machinery Engineering Wuxi Co Ltd; Wuxi Longmax Technology Co Ltd; Gotion High-tech Co. Ltd; Shenzhen Hopewind Electric Corporation Ltd; dan Anhui Huasun Energy Co. Ltd. – Astro Awani

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Lestra Bhd, Harman Faiz Habib Muhamad berkata Taman Perindustrian TBB di Gerbang Nusajaya adalah komponen penting dalam projek loji jana kuasa hibrid solar satu gigawatt kami di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). – Astro Awani

Pada 16 Mei lepas, UEM Group Bhd mengumumkan kerjasama dengan Itramas Corporation Sdn Bhd dan China Machinery Engineering Corporation (CMEC) untuk membangunkan Taman Perindustrian Tenaga Diperbaharui (RE) di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor. – MIDA

Portal Fokus sebelum ini menjangkakan lebih awal syarikat pembekal dan pengeluar dari China bakal penuhi rantaian nilai (value chain) di Taman Perindustrian TBB selepas kerjasama UEM Group Bhd , Itramas, dan CMEC diumumkan.

Pada ketika ini, Malaysia menempatkan beberapa syarikat TBB terkemuka China seperti Risen Energy Co Ltd, Shanghai Electric Malaysia, China Three Gorges International Limited, LONGi Green Energy Technology Co Ltd, dan Jinko Solar Co Ltd. – The Edge, Borneo Post, NST

Sementara itu, loji jana kuasa terbesar Malaysia yang bertempat di Terengganu yang juga merupakan projek dibawah Skim Solar Berskala Besar (LSS3) Ketiga negara memperoleh 100 peratus modul solarnya daripada syarikat China, JA Solar.- Reuters, Jentayu

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights