Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Tentera Laut China lawat sekolah persendirian cina, promosi kebudayaan dan semangat patriotik China

Kedatangan kapal Tentera Laut China (PLA) ke Pulau Pinang kali kedua sejak 2017 memberi petanda kelainan apabila lawatan…

Kedatangan kapal Tentera Laut China (PLA) ke Pulau Pinang kali kedua sejak 2017 memberi petanda kelainan apabila lawatan 150 anggota daripada Armada Tentera Laut China 83 ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Chung Ling mengandungi aktiviti bersifat kebudayaan dan patriotik China.

Pada 5 Oktober lalu, dua kapal Tentera Laut China, Qi Jiguang dan JingGangShan telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang selama tiga hari bersama 1,376 pegawai dan askar. – Nan Yang Siang Pau

Beliau turut menyatakan perkembangan hubungan Malaysia-China yang merangkumi pelbagai sektor termasuk perdagangan, budaya, pendidikan, pertahanan dan keselamatan serantau. –  NST

Ketika lawatan ke SMPC Chung Ling, Tentera Laut China mempersembahkan nyanyian lagu ‘My Motherland’, Tarian Orang Muda;Lumba Kuda, dan Awak Suka Menarikah? – Nan Yang Siang Pau

Lagu My Motherland menyatakan semangat patriotisme yang kuat serta cinta dan kepahlawanan yang tidak terhingga para askar sukarelawan untuk tanah air dan kampung halaman mereka. – Baidu

Manakala, pelajar SMPC pula mempersembahkan tarian rakyat Yunnan dan Gendang 24 Musim yang merujuk kepada 24 musim pertanian dalam kalendar China – Nan Yang Siang Pau

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights