Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Kerajaan Pertimbang Bentuk Konsortium China-Malaysia untuk Projek HSR, Susulan Lawatan Agong ke China

Penglibatan China dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura hampir pasti susulan daripada lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke…

Penglibatan China dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura hampir pasti susulan daripada lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China pada 19 September lalu.

Bercakap mengenai pembiayaan China dalam projek HSR, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan menjawab kerjasama antara syarikat milik negara, parti atau syarikat swasta China dengan syarikat swasta Malaysia merupakan satu kemungkinan. – Malaysia Kini

Beban kewangan yang tinggi merupakan faktor utama syarikat China menjadi pilihan untuk projek yang bernilai kira-kira RM72 bilion itu. Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika menjawab tuduhan Wee Ka Siong yang mendakwa anggaran kos HSR meningkat sehingga RM120 bilion, menjelaskan kerajaan terbuka untuk menghidupkan semula projek mega itu sekiranya terdapat pelabur swasta yang bersedia mengambil bahagian. – Malay Mail

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights