Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Syarikat China dan Singapura pegang kepentingan dalam projek terminal simpanan minyak terbesar Malaysia di Sabah

China melalui syarikatnya, SinoOcean Petroleum Investment International Limited (SinoOcean) memegang kepentingan dalam TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd…

China melalui syarikatnya, SinoOcean Petroleum Investment International Limited (SinoOcean) memegang kepentingan dalam TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd (TS Asia Green) yang bertanggungjawab mengurus dan membina terminal simpanan minyak terbesar Malaysia di Sabah.

Pada 27 Ogos, TS Asia Green telah menjalinkan kerjasama pelaburan yang bernilai USD800 juta dengan Shandong Wufen Industrial Co., Ltd, Bin Zayed Investments LLC, dan Bakhtiari Group FZE. Pelaburan ini mewakili satu perlima daripada anggaran jumlah belanjawan pembangunan terminal itu. – (Borneo Post)

Selain itu, syarikat-sarikat China juga termasuk dalam senarai kontraktor-kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan. Antara kontraktor yang terlibat adalah Sinopec Engineering, anak syarikat CNPC, CCCC (China Communication Construction Company), dan EMCG (The Eleventh Metallurgical Construction Group Co., Ltd.). – (Borneo Post)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights