Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

China Mahukan Kepentingan Dalam Projek Minyak Dan Gas Negara Selepas Petronas Catatkan Pengeluaran Gas Pertama Di Kasawari Dan Jerun

Nota diplomatik China kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu yang menggesa Malaysia menghentikan semua aktiviti berkaitan…

Nota diplomatik China kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu yang menggesa Malaysia menghentikan semua aktiviti berkaitan minyak dan gas berhampiran terumbu karang Luconia Shoals datang selepas Petronas mengumumkan pengeluaran gas pertama di Kasawari yang terletak di Blok SK316 dan Jerun, Blok SK 408 pada bulan Julai dan Ogos.

Wisma Putra hari ini mengesahkan kewujudan nota diplomatik tersebut selepas ia didedahkan oleh portal berita Filipina semalam. Sebagai respon, Malaysia memaklumkan akan melancarkan siasatan dalaman dan membuat laporan polis bagi menyiasat kemungkinan wujud pengintip di dalam agensi itu. – Malay Mail

Antara platform-platform minyak dan gas Malaysia di luar pesisir Sarawak, Kasawari dan Jerun yang terbaharu menunjukkan perkembangan positif apabila kedua-dua platform tersebut berjaya memulakan pengeluaran gas pertama masing-masing pada Julai dan Ogos tahun ini. – Malaysia Gazette, Shell

Pada Jun 2021, 16 pesawat tentera China dilaporkan mendekati dalam 60 batu nautika Sarawak “terbang dalam formasi taktikal” sebagai tekanan kepada kerja pembinaan di Kasawari. Sementara itu, Kapal CCG didakwa kerap beroperasi di sekitar Luconia Shoals berdekatan operasi tenaga luar pesisir Malaysia dan kekal di sana selama berbulan-bulan. – AMTI

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights