Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

London Metal Exchange (LME) lulus pelabuhan Arab Saudi sebagai gudang logistiknya, perkukuh pengaruh China dalam rantaian bekalan logam di Timur Tengah

London Metal Exchange telah meluluskan Pelabuhan Laut Merah di Jeddah, Arab Saudi sebagai gudang pertama di Timur Tengah…

London Metal Exchange telah meluluskan Pelabuhan Laut Merah di Jeddah, Arab Saudi sebagai gudang pertama di Timur Tengah  yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan penghantaran kuprum dan zink. (LME)

LME merupakan platform perdagangan logam global yang dimiliki oleh Hong Kong Exchanges and Clearing sejak tahun 2012. (LME)

Pengaruh China semakin meningkat dalam sektor logam dan keluli di Timur Tengah. Ini adalah sebagai usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukan strategik dalam rantai bekalan global. Langkah ini juga dilihat sebagai strategi untuk mengurangkan kebergantungan kepada laluan perdagangan tradisional dan memperluaskan akses pasaran ke wilayah baru (Carnegie)

Sebelum ini, anak syarikat miliki kerajaan China Baosteel Group juga telah meningkatkan pelaburan sebanyak 1 bilion dolar untuk kuasai 50% saham usahasama keluli dengan Arab Saudi di Bandar Perindustrian Ras Al-Khair. (Fokus)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights