Anak syarikat milik kerajaan China Baosteel Group labur USD1 bilion untuk kuasai 50 peratus saham usahasama keluli dengan Arab Saudi, beri manfaat kepada projek NEOM 2030 dan penguasaan industri keluli China di Timur Tengah
Anak syarikat milik kerajaan China dan pembuat keluli terbesar dunia, China Baosteel Group, berkata, ia akan memiliki 50%…
Anak syarikat milik kerajaan China dan pembuat keluli terbesar dunia, China Baosteel Group, berkata, ia akan memiliki 50% pegangan dalam saham usahasama keluli dengan Arab Saudi di Bandar Perindustrian Ras Al-Khair yang merupakan salah satu Zon Ekonomi Khas Arab Saudi. (Al-Monitor)
Baosteel sebelum ini bersetuju untuk melabur sebanyak 437.5 juta dolar telah meningkatkan pelaburan kepada 1 bilion dolar dalam perniagaan untuk proses komoditi dan membekalkan industri pembinaan, gas, minyak dan perkapalan di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara. Ras Al-Khair ialah salah satu daripada lima zon ekonomi khas Arab Saudi dan akan berfungsi sebagai hab mineral dan logam untuk kerajaan itu. Zon ini juga terlibat dalam menyediakan kemudahan untuk industri maritim global. (Al-Monitor)
Usaha China untuk meningkatkan pasaran di Timur Tengah telah dibuat melalui siri Persidangan Perniagaan Arab-China, yang terkini telah diadakan 11 hingga 12 Jun 2023 telah menghasilkan lebih daripada 30 perjanjian pelaburan bernilai lebih daripada 10 bilion dolar telah ditandatangani. (Al-Monitor)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


