Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Timur Tengah jadi Destinasi Persaingan Firma-Firma Pengurus Aset & Dana Antarabangsa, Bakal Jadikan Rantau Itu Sebagai Hab Kewangan Baharu Global

Goldman Sachs Group Inc dalam langkah terbarunya telah melantik Habib Saikaly, jurubank berpengalaman daripada JPMorgan Chase & Co…

Goldman Sachs Group Inc dalam langkah terbarunya telah melantik Habib Saikaly, jurubank berpengalaman daripada JPMorgan Chase & Co bagi menguruskan pembangunan dana dan perkembangan operasinya di Timur Tengah. Langkah itu menandakan penyertaan Goldman dalam persaingan mengumpul dana tertumpu di Timur Tengah bersama pemain industri lain seperti Blackrock Inc, Brookfield Asset Management Ltd, dan Investcorp Holdings. – (The Edge)

Perancangan itu melibatkan strategi baharu Goldman yang ingin membolehkan firma itu dan pelanggannya yang bernilai tinggi untuk melabur dalam pasaran awam di Teluk. Bercakap di Qatar Economic Forum, Marc Nachmann, ketua pengurusan aset dan harta Goldman menekankan peranan Timur Tengah sebagai  sebagai sumber modal dan landskap pelaburan yang cerah.  Selain itu, langkah firma itu juga selari dengan kerjasamanya bersama Mubadala Investment Co  untuk mengembangkan perniagaan kredit persendiriannya dengan pemberian pinjaman langsung di seluruh Asia. – (The Arabian Post)

Sementara itu, Brookfield Asset Management Ltd yang juga merupakan salah satu pelabur asing terbesar di Timur Tengah dengan aset kira-kira 8 bilion dolar merentas ekuiti persendirian dan hartanah telah meneroka untuk menubuhkan platform pengumpulan dana yang berasingan untuk melabur dan meningkatkan pengaruhnya di timur tengah. – (Bloomberg)

Di samping itu, Investcorp, pengurus aset alternatif terbesar yang berpangkalan di Bahrain mendapat suntikan dana sebanyak 1 bilion dolar daripada China Investment Corp (CIC) untuk menubuhkan platform pelaburan atau dana baharu iaitu Golden Horizon Fund. Platform itu akan menumpukan kepada pelaburan ke dalam syarikat di kalangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China. – (SCMP)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights