Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Ukraine terima bantuan keselamatan jangka panjang termasuk jet pejuang F-16 daripada NATO

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada luar sidang kemuncak NATO di Wasington mengesahkan penghantaran kumpulan pertama…

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada luar sidang kemuncak NATO di Wasington mengesahkan penghantaran kumpulan pertama jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine dari Denmark dan Belanda. Menurutnya, jet-jet berkenaan akan mula beroperasi pada musim panas ini untuk memastikan Ukraine boleh terus mempertahankan diri secara berkesan daripada pencerobohan Russia. – Reuters

Manakala, dalam Deklarasi Sidang Kemuncak Washington, NATO menyenaraikan China, Russia, Iran dan Korea Utara sebagai ancaman utama blok itu. Hal ini demikian kerana, Korea Utara dikatakan mengeksport peluru artileri dan peluru berpandu balistik ke Russia, sementara Iran didakwa menghantar peluru berpandu balistik dan teknologi berkaitan juga ke Russia. China pula dianggap sebagai watak penting dalam perang Russia-Ukraine kerana menjalinkan kerjasama tanpa had dan memberi sokongan berskala besar untuk pangkalan industri pertahanan Russia.  – NATO

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights