Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Amerika Syarikat Serah Tiga Pesawat Perisikan Kepada Malaysia dalam Usaha Tingkatkan Akses dan Pengaruhnya di Laut China Selatan

Amerika Syarikat pada 27 jun melengkapkan penyerahan 3 pesawat pengangkut TUDM (CN235) yang telah diubah suai menjadi Pesawat…

Amerika Syarikat pada 27 jun melengkapkan penyerahan 3 pesawat pengangkut TUDM (CN235) yang telah diubah suai menjadi Pesawat Pengawasan Maritim (MSA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Program yang melibatkan geran bernilai kira-kira 60 juta dolar A.S. itu merupakan sebahagian daripada program Membina Keupayaan Rakan Kongsi yang dianjurkan Tentera Laut A.S. dan Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) dibawah kerajaan A.S. – (Bernama

Sebagai rekod, Malaysia terima hampir 500,000 dolar A.S. dibawah inisiatif MSI pada 2015 hasil daripada komitmen pertahanan A.S. di Asia Tenggara yang bernilai 119 juta dolar A.S ketika itu. Manakala, bantuan keselamatan A.S. ke Malaysia dari 2019 hingga 2023 pula mencecah 240 juta dolar A.S. – (US Embassy, Bernama

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights