Amerika Syarikat Gugurkan pengesan kapal selam di laut china selatan, ancaman risikan a.s. terhadap pergerakan kapal di perairan
Pesawat tentera A.S. mengugurkan beberapa alatan elektronik yang dipercayai pengesan kapal selam ketika mengelilingi ruangan udara di Laut…
Pesawat tentera A.S. mengugurkan beberapa alatan elektronik yang dipercayai pengesan kapal selam ketika mengelilingi ruangan udara di Laut China Selatan. Tindakan itu disedari oleh Pengawal Pantai China (CCG) yang sedang membuat rondaan. Menurut media China, Yuyuan Tantian, peranti pengesan itu mempunyai keupayaan untuk mengesan isyarat dari kapal selam China dan berkebolehan dalam melakukan tindakan balas isyarat di bawah air. – (Reuters)
Dalam pada itu, peranti pengesan tersebut dipercayai berasal daripada sebuah syarikat pembekal senjata yang berpangkalan di London, Ultra Electronics. Pakar tentera China mempercayai A.S. menggunakan alasan mengumpul data hidrologi sebagai justifikasi untuk membangunkan peta lautan digital bagi tujuan ketenteraan dan menganalisis maklumat berkaitan kapal selam China. – (Global Times)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


