Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

1. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), FDI di Malaysia turun sebanyak 56% daripada RM31.7 bilion kepada RM13.9 bilion pada tahun 2020.

2. Laporan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perdagangan dan pembangunan pula melaporkan, penurunan FDI Malaysia pada kadar 68% merupakan kadar yang terburuk. Ekonomi negara pula menguncup sebanyak 5.6% ketika wabak COVID-19 melanda berbanding 7.4% ketika krisis ekonomi dunia 1998.

3. Malaysia berisiko ketinggalan dalam persaingan serantau bagi pelaburan asing, dan menjejaskan peluang untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berikutan isu dasar dan struktur lama.

4. Walaubagaimanapun, beberapa perkembangan terbaharu menunjukkan bahawa terdapat beberapa senarai projek pelaburan asing yang akan atau sedang dijalankan apabila sektor ekonomi mulai pulih dengan syarikat-syarikat dari China terus mencatatkan jumlah pelaburan asing paling tinggi.

5. Syarikat dari China, Nine Dragon (ND) Paper mencatatkan jumlah pelaburan asing terbesar sebanyak RM5.4 bilion melalui pelaburan di Bentong, Pahang dan Banting, Selangor.

6. Syarikat pembuatan sarung tangan Hartalega Holdings Bhd akan melabur sebanyak RM7 bilion untuk membina 16 buah kilang pembuatan sarung tangan di Kota Perdana Special Border Economic Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Muat Turun untuk membaca laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Sila Login terlebih dahulu):

[membership level=”1″]

Muat Turun Landskap Edisi 4/2021

[/membership] [membership level=”0,-1″]

Langgan hari ini untuk baca laporan penuh pada pautan di bawah

[xoo_el_action type=”login” change_to=”logout”]

[/membership]

Bermula 1 September 2019, edisi ini akan dipaparkan secara eksklusif hanya kepada pembaca yang melanggan produk analisa kami melalui sistem langganan eksklusif IRIS Institute sahaja. Langganan adalah RM150/Setahun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *