Landskap Edisi 4/2020

1. Pada 29 Februari 2020 yang lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bersetuju melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Pelantikan ini menimbulkan pendirian dan sikap yang pelbagai oleh pihak-pihak berkepentingan dalam landskap politik tempatan.

2. Sehingga kini hanya komponen parti politik dalam kerajaan Pakatan Harapan dan aktor gerakan sivil liberal sahaja yang jelas menyatakan pendirian untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional. Aktor-aktor lain tidak menunjukkan isyarat atau pendirian yang jelas ke arah itu. Hal ini berikutan pendirian dan sikap Perdana Menteri ke-8 buat masa ini masih tidak menampakkan petanda ke arah perubahan yang mendasar dalam soal polisi.

3. Situasi ini menimbulkan ketidakpastian terhadap keutuhan legitimasi kerajaan Perikatan Nasional. Adakah kerajaan yang didominasi oleh ahli Parlimen Melayu Muslim ini mampu bertahan sehingga habis tempoh mandat yang diberikan sehingga Julai 2023?

4. Bagi menjawab kepada persoalan tersebut, beberapa tinjauan ringkas telah dijalankan terhadap pendirian aktor-aktor berkepentingan seperti parti-parti politik, kumpulan pendesak, kumpulan gerakan sivil dan kumpulan agama, agensi dan syarikat-syarikat antarabangsa.

Bermula 1 September 2019, edisi ini akan dipaparkan secara eksklusif hanya kepada pembaca yang melanggan produk analisa kami melalui sistem langganan eksklusif IRIS Institute.