Landskap Edisi 3/2021

1. Siri penutupan kilang milik syarikat multinational yang berlaku baru-baru ini merupakan gejala kepada permasalahan yang lebih besar. Perancangan industri di Malaysia sejak tahun 1970 secara kasarnya berjaya meningkatkan KDNK negara menerusi kemasukan pelaburan asing dan penyediaan peluang pekerjaan buat satu tempoh.

2. Namun, disebabkan sikap penting diri syarikat multinational yang mementingkan tenaga buruh asing dan kos pengeluaran yang rendah, Malaysia akhirnya terpaksa menanggung kesan daripada dasar ekonomi ini yang mengakibatkan ketidakseimbangan kekayaan antara wilayah dan penggunaan modal insan Bumiputera yang tidak optimum.

3. Galakan pelaburan asing yang keterlaluan bukan sahaja suatu tindakan yang tidak sihat bagi ekonomi domestik, malah syarikat tempatan masih tidak mampu untuk memegang rantaian nilai (value chain) dan rantaian bekalan (supply chain) dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

4. Pencapaian pembangunan industri dan ekonomi Malaysia juga tidak banyak menguntungkan masyarakat Bumiputera. Ramai graduan Bumiputera yang menganggur kerana peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka adalah terhad. Taraf hidup graduan Bumiputera juga sukar untuk ditingkatkan kerana gaji yang diterima tidak setimpal dengan kelayakan. Mereka akhirnya terperangkap dalam kumpulan tenaga bekerja separa mahir di negara ini.

Muat turun laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Hanya pelanggan ekslusif sahaja)

Langgan hari ini untuk baca laporan penuh pada pautan di bawah

Bermula 1 September 2019, edisi ini akan dipaparkan secara eksklusif hanya kepada pembaca yang melanggan produk analisa kami melalui sistem langganan eksklusif IRIS Institute sahaja. Langganan adalah RM150/Setahun