Rumusan mingguan edisi ini menyentuh beberapa isu utama dalam negara khususnya dalam isu politik, ekonomi dan turut menyentuh isu keselamatan bagi rantau Asia. Landskap ekonomi menyaksikan pengukuhan cengkaman elit global di Malaysia melalui pelan pemulihan MAS yang melibatkan Morgan Stanley, dan kerjasama syarikat Robert Kuok dan Li Ka Shing untuk memperkenalkan skim takaful baru di Malaysia dengan kerjasama EPF. Landskap politik pula merekodkan beberapa perkembangan penting khususnya desentralisasi kuasa kerajaan dalam sektor kesihatan dan tenaga. Selain itu, terdapat isu kerakyatan di mana wujud usaha DAP dalam isu kerakyatan di Sarawak manakala di Sabah pula, sindiket kerakyatan telah mendaftarkan lebih daripada 100,000 orang bukan warganegara. Di peringkat Asia pula, China akan melancarkan kertas putih pertahanannya secara rasmi. China dijangka akan meningkatkan tumpuan kepada aspek ketenteraan di Laut China Selatan dan juga projek OBOR.

OR