Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

LANDSKAP

Risiko Peperangan Kuasa Besar di Laut China Selatan Meningkat: Situasi Terkini

May 30, 2020

Landskap Edisi 7/2020

1. Pada April lepas, sempadan perairan negara heboh apabila China dilihat cuba menceroboh dengan menghantar kapal-kapal peronda bagi mengekori pergerakan kapal West Capella.

2. West Capella merupakan kapal penggerudi telaga minyak milik Seadrill yang menjadi ‘epicenter’ bagi ketegangan di antara China dan Amerika Syarikat yang terledak di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif Malaysia.

3. Memandang serius isu ini, Malaysia telah menghantar aset-aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia bagi memerhati tindak-tanduk China dan Amerika Syarikat.

4. Tindakan ini dilihat untuk mengisi kekosongan vakum kuasa yang ditinggalkan Amerika Syarikat akibat kemelut wabak Covid-19.

5. Justeru, sejauh manakah tindakan China menceroboh perairan negara menjejaskan kedaulatan Malaysia? Adakah situasi ini akan meningkatkan risiko peperangan antara kedua-dua negara besar tersebut?