Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Workshop

Sesi Latihan untuk Institut Kajian Darul Saadah (IKDS), Sabah

KEPERLUAN MEWUJUDKAN INSTITUT KAJIAN STRATEGIK UNTUK SABAH IRIS Institute baru-baru ini berpeluang mengadakan sesi latihan komprehensif kepada Institut Kajian Darul Saadah IKDS pada 29-30 Jun 2024. Program ini adalah…

June 29, 2024 – June 30, 2024Sabah

KEPERLUAN MEWUJUDKAN INSTITUT KAJIAN STRATEGIK UNTUK SABAH

IRIS Institute baru-baru ini berpeluang mengadakan sesi latihan komprehensif kepada Institut Kajian Darul Saadah (IKDS) pada 29-30 Jun 2024. Program ini adalah langkah pertama IKDS untuk memahami asas-asas membina institusi kajian strategik di Sabah.

Beberapa sesi melibatkan pengenalan kepada konsep dan fungsi asas institut kajian, memahami kerangka IRIS dan bagaimana memahami isu secara strategik telah dikendalikan oleh pihak IRIS sendiri iaitu En. Aiman Faudzi dan En. Wafiq Azman.

Sabah memiliki potensi yang besar kepada hasrat untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kuasa nasional. Namun, keperluan kepada kewujudan Institut Kajian Strategik di Sabah adalah penting sebagai nukleus utama kepada mencapai hasrat tersebut.

Kami mengucapkan terima kasih kepada IKDS sebagai pihak penganjur atas kesudian menjemput IRIS bagi penglibatan dalam membantu usaha IKDS menubuhkan institut kajian strategik di Sabah.

Asal di Telegram IRIS Institute.