Visit
IRIS TEROKA POTENSI KERJASAMA BERSAMA STRIDE & AERONERVE.
13 Nov Jumaat- IRIS Institute berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan STRIDE, Kementerian Pertahanan Malaysia bersama Aeronerve di pejabat kami.…

13 Nov (Jumaat)- IRIS Institute berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan Malaysia bersama Aeronerve di pejabat kami.
Pertemuan strategik ini memfokuskan kepada penerokaan potensi kerjasama tiga penjuru antara IRIS Institute, Aeronerve dan STRIDE.
Inti Pati & Agenda Pertemuan:
• Perkongsian Kerangka Pengetahuan (Knowledge Framework): Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh saudara Wafiq Azman daripada Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute mengenai struktur pengurusan pengetahuan, Semantik, dan Ontologi yang dibangunkan oleh IRIS.
• Pembentangan Seni Bina Platform Pintar: Sesi diteruskan dengan pembentangan high-level architecture serta Proof of Concept (PoC) Mock-up bagi platform pintar oleh pihak Aeronerve.
Delegasi yang Hadir:
• Ts. Aizul Fazli bin Suhaimi – Pengarah Bahagian Teknologi Robotik & Kecerdasan Buatan, STRIDE
• Dr. Anuar – STRIDE
• Dr. Hafiz – STRIDE
• Muslim Abdullah Zaik – CEO Aeronerve
• Ahnaf Abd Qais – COO Aeronerve
• Wafiq Azman – Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute
• Ibrahim Zaik – Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute
Pihak STRIDE turut menzahirkan minat terhadap cadangan sistem ini dan menyifatkan kerangka pengetahuan (Knowledge Framework) IRIS sebagai nilai tambah (added value) utama kepada projek tersebut. Platform pintar yang dibentangkan oleh pihak Aeronerve ini merupakan salah satu contoh nyata bagaimana Knowledge Framework IRIS boleh diaplikasikan secara langsung ke dalam pembangunan sistem teknologi.
Sehubungan itu, IRIS Institute sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat memahami dan mengadaptasi Knowledge Framework kami. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada delegasi STRIDE dan Aeronerve atas kesudian hadir serta berkongsi kepakaran. Semoga perbincangan awal ini membuahkan hasil yang berimpak tinggi demi memperkukuh ekosistem pertahanan negara.
Asal di Telegram IRIS Institute.