Visit
Kunjungan Dr. Aizat Khairi (SPHEA, UKM) ke IRIS Institute
IRIS Institute berbesar hati menerima kunjungan daripada Dr. Aizat Khairi, pensyarah dan penyelidik dari Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa SPHEA, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM. Sesi pertemuan…

IRIS Institute berbesar hati menerima kunjungan daripada Dr. Aizat Khairi, pensyarah dan penyelidik dari Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sesi pertemuan ini menjadi titik mula bagi merangka jalinan kerjasama strategik antara IRIS Institute dan SPHEA UKM, khususnya dalam penganjuran wacana keilmuan serta usaha memperkukuhkan kolaborasi antara universiti dan industri.
Antara fokus kepakaran beliau yang bakal memperkayakan perbincangan strategik ini merangkumi:
– Peace and Conflict Studies
– Refugee and Migration Studies
– Transnational Security (Border Studies)
Semoga usaha sama ini membuka lebih banyak ruang perkongsian ilmu, penyelidikan berimpak, serta cadangan dasar yang mampan buat negara.
Asal di Telegram IRIS Institute.