Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Laporan Strategik · ISBN 978-967-19698-4-7

Laporan Strategik Kuasa Nasional Malaysia 2024–2025

19 trend strategik merentas tujuh bidang, enam analisa dengan cadangan intervensi, dan lima tumpuan untuk 2026 — bacaan menyeluruh IRIS Institute tentang kedudukan Kuasa Nasional Malaysia.

IRIS InstituteOctober 2, 2026

Di mana kedudukan Malaysia hari ini — dan ke mana ia sedang dibawa?

Laporan Strategik Kuasa Nasional Malaysia 2024–2025 ialah bacaan tahunan IRIS Institute terhadap persekitaran strategik negara. Ia menghimpunkan 19 trend strategik yang mencorakkan Malaysia sepanjang 2024–2025, membaca implikasinya, menjangka senario yang bakal menyusul, dan mengemukakan cadangan intervensi untuk pembuat dasar dan pemegang taruh.

Apa yang ada dalam laporan ini

Laporan ini disusun mengikut kerangka Kuasa Nasional — gagasan pembangunan negara yang kuat, maju dan berdaulat, berasaskan pengupayaan sumber nasional secara mandiri.

  • 19 trend strategik dalam tujuh bidang, setiap satu dengan latar, perkembangan, implikasi dan jangkaan senario
  • Enam analisa dan cadangan intervensi terhadap isu teras yang berulang merentas bidang
  • Tumpuan 2026: lima perkara yang perlu diperhatikan tahun hadapan
  • Ringkasan eksekutif untuk bacaan pantas

Tujuh bidang yang diliputi

  1. Politik dan pentadbiran — hala tuju agenda politik nasional, serta tuntutan autonomi Sabah dan Sarawak dan kesannya kepada keutuhan Persekutuan.
  2. Undang-undang — arah penafsiran Perlembagaan Persekutuan melalui hujah Basic Structure Doctrine.
  3. Hubungan luar — pendekatan pragmatik Malaysia terhadap Amerika Syarikat dan China, dan tekanan ke arah normalisasi dengan Israel.
  4. Keselamatan dan pertahanan — pencerobohan di Laut China Selatan, kebergantungan industri pertahanan kepada kuasa asing, dan kedaulatan data.
  5. Ekonomi dan teknologi — status sosioekonomi Bumiputera, pelaburan asing dalam teknologi baharu, tenaga, daya saing industri tempatan, ekosistem R&D dan keselamatan makanan.
  6. Pendidikan, media dan sosial — dasar pendidikan dan perpaduan, landskap media dan komunikasi, kemasukan warga asing, dan kualiti hidup populasi muda.
  7. Identiti dan budaya — perdebatan tentang warisan dan kebudayaan negara serta teras identiti nasional.

Tumpuan 2026

  • Desentralisasi kuasa Borneo dan cabarannya kepada kesatuan Persekutuan
  • Pengaruh China dalam kebudayaan dan ekonomi Malaysia
  • Kedaulatan data dan pemilikan teknologi AI
  • Perebutan sumber tenaga bagi teknologi baharu
  • Normalisasi Israel dan dasar luar Malaysia

Bagaimana laporan ini dihasilkan

Dapatan dibina daripada pemantauan persekitaran strategik, penilaian trend dan unjuran masa hadapan. Sumbernya ialah pantauan berita, dokumen rasmi kerajaan, laporan dan ulasan media bagi tempoh 2023 hingga 2025, disokong oleh siri perbincangan dan temu bual bersama pakar.

Untuk siapa

Pembuat dasar, penjawat awam, ahli politik, penyelidik, ahli akademik, wartawan dan sesiapa yang perlu membuat keputusan berdasarkan gambaran menyeluruh tentang kedudukan strategik Malaysia.

Dapatkan naskhah anda

Laporan penuh diterbitkan sebagai buku bercetak dan dijual melalui portal FOKUS.

Untuk khidmat perundingan atau taklimat tertutup berdasarkan laporan ini, hubungi admin@iris.institute.

Continue reading

More from Laporan Strategik

View all