Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Kerajaan Batal Hasrat Semak Semula Perjanjian Air dengan Singapura, Ingin Penuhi Permintaan Pusat Data dan Industri Semikonduktor di Johor

Kerajaan menarik balik keputusan untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dengan Singapura bagi memenuhi permintaan pusat data dan…

Kerajaan menarik balik keputusan untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dengan Singapura bagi memenuhi permintaan pusat data dan industri semikonduktor yang sedang perkembangan pesat di Johor.

Katanya, “selepas perbincangan antara kementerian dan Menteri Besar Johor pada bulan Oktober, telah diputuskan bahawa semakan kadar air mentah tidak perlu dirundingkan buat masa ini.” – The Edge

Terdahulu, pada 1 November 2023, kerajaan dilaporkan bercadang untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dengan Singapura kerana terdapat “isu-isu tertentu” dalam beberapa aspek perjanjian tersebut. Bagaimanapun, isu-isu tersebut tidak diperincikan lebih lanjut. – The Edge

Di bawah Perjanjian Air 1962, Singapura berhak mengambil dan menggunakan sebanyak 250 juta gelen air mentah sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Singapura berkewajipan membekalkan air terawat kepada Johor sebanyak 2 peratus daripada jumlah air yang diimport itu. Air yang diimport dari Johor merupakan salah satu daripada “Empat Sumber Air Nasional” Singapura. – MFA.Gov

Sebelum ini, Fokus melaporkan Johor kini tersenarai sebagai pasaran terbesar kepada pusat data di Malaysia dan ke-9 terbesar di Asia Pasifik apabila menjadi tuan rumah kepada 13 pusat data yang meliputi lebih 1.65 juta kaki persegi keluasan tanah. – Fokus

Pusat data yang berkapasiti 100MW dilaporkan menggunakan kira-kira 1.1 juta gelen air setiap hari untuk penyejukan, bersamaan dengan penggunaan air harian untuk sebuah bandar dengan 10,000 orang. – Fokus

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights