Lebih 38000 Hektar Sawah Padi Terjejas di Malaysia Akibat Banjir, Kerajaan Kurangkan Harga Beras Putih Import
Kerajaan akan melakukan pengurangan harga beras putih import sebagai tindak balas kepada lebih 38000 hektar sawah padi yang…
Kerajaan akan melakukan pengurangan harga beras putih import sebagai tindak balas kepada lebih 38000 hektar sawah padi yang terjejas akibat banjir di Kedah dan Kelantan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kekurangan bekalan ini tidak dapat dielakkan kerana sektor penanaman padi merupakan sektor yang paling teruk terjejas akibat banjir, diikuti dengan sektor tanaman sayur-sayuran, penternakan, dan akuakultur. – The Edge
Hasil daripada perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa 1 Disember. – Bernama
Pada ketika ini, sekitar 12,600 hektar sawah padi telah ditenggelami air di Kedah, manakala lebih 26,000 hektar sawah padi di Kelantan turut mengalami nasib yang sama. The Edge
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


