Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Pertemuan Dong Zong dan Fadhlina bincang isu penyelarasan kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam usaha mendapat pengikitirafan untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)…

Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam usaha mendapat pengikitirafan untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa utama kurikulum SJKC.

Pertemuan ini berlaku selepas Dong Zong membuat desakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kenyataan Mesyuarat Bersama Persatuan Dongzong ke-95 pada 9 September lepas yang antaranya meminta kerajaan mengiktiraf UEC dan kekalkan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda dan bahasa utama kurikulum di SJKC. – Dong Zong

Dalam kenyataan itu, Dong Zong menyeru semua parti politik yang berjanji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam manifesto mereka ketika pilihan raya, khususnya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang membentuk kerajaan perpaduan untuk bekerjasama bagi memastikan sijil itu diiktiraf. – Dong Zong

Terdahulu, pada 26 Ogos, Dong Jia Zong dan 8 Pertubuhan Pendidikan Cina yang lain dilaporkan menolak cadangan KPM untuk menyelaraskan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah pelbagai aliran. – Nanyang

Menurut pengerusi Jiao Zong , Cheah Lek Aee, “Sekarang ini, bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua di SJKC dan SJKT, bukan sebagai bahasa ibunda. Bagaimana kita boleh menggunakan kurikulum bahasa Melayu yang sama untuk mengajar?” – Nanyang

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights