Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

RUU Mufti dibaca kali ke-3, terima tentangan kumpulan Liberal & Kristian

Penggubalan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 telah menerima penentangan dari pelbagai pihak terutama daripada kumpulan liberal dan…

Penggubalan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 telah menerima penentangan dari pelbagai pihak terutama daripada kumpulan liberal dan kristian serta kumpulan dari Sabah dan Sarawak.

Menurut 14 kumpulan dari Sabah dan Sarawak, RUU ini melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merupakan serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini. – Malaysia Kini

Sister In Islam (SIS) turut mengatakan bahawa RUU ini akan memberikan kuasa tanpa kawalan kepada pihak berkuasa agama kerana mereka akan kebal terhadap tindakan undang-undang. – Utusan Malaysia

Selain itu, RUU ini turut menimbulkan penentangan daripada Mufti Perlis terhadap takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) iaitu hanya aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah. – The Merdeka Times

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights