Amerika Syarikat belanja USD17.9 bilion untuk bantuan ketenteraan kepada Israel sejak 7 Oktober 2023, syarikat senjata AS raih keuntungan
Dalam tempoh setahun perang Taufan Al-Aqsa, bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel mencapai tahap tertinggi, dengan majoriti transaksi…
Dalam tempoh setahun perang Taufan Al-Aqsa, bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel mencapai tahap tertinggi, dengan majoriti transaksi memberi manfaat kepada firma persenjataan AS.
Pada 2013, Presiden Obama memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah USD38 bilion untuk bantuan keselamatan bagi tempoh 2019-2028, menggantikan MoU terdahulu yang tamat pada penghujung tahun fiskal 2018. MoU ini membolehkan Israel memperoleh USD3.3 billion setiap tahun. – Reuters
Melalui perjanjian keselamatan dan bantuan ketenteraan antara AS dan Israel, beberapa firma persenjataan utama Amerika Syarikat meraih keuntungan. Brown University menyebut Boeing, General Dynamics, Lockheed Martin, Northrop Grumman, RTX (dahulunya Raytheon), serta Caterpillar sebagai antara pengeluar utama yang membekalkan senjata kepada Israel. – Brown University
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


