Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

AS Bakal Kenakan Tarif ke Atas Produk Solar daripada Malaysia, Sasar Syarikat Panel Solar China di Malaysia

Amerika Syarikat dijangka mengumumkan kadar tarif kepada import produk solar daripada empat negara Asia Tenggara termasuk Malaysia yang…

Amerika Syarikat dijangka mengumumkan kadar tarif kepada import produk solar daripada empat negara Asia Tenggara termasuk Malaysia yang kebanyakannya datang daripada syarikat China pada November ini.

Menurut mereka, subsidi kerajaan China dan kemudahan yang disediakan empat negara itu seperti tanah dan elektrik yang murah dan pengecualian cukai memberi kelebihan kepada syarikat solar China untuk menawarkan harga dibawah pasaran. – AASM

Terdahulu, Jabatan Perdagangan AS pada 2018 pernah mempertimbangkan untuk mengenakan tarif kepada panel solar yang diimport dari empat negara Asia Tenggara susulan daripada laporan yang dibuat oleh Auxin Solar, syarikat yang berpangkalan di California. – Berita Harian

Bagaimanapun, Presiden Joe Biden pada ketika itu bertindak untuk menangguhkan keputusan tersebut selama 2 tahun bermula Jun 2022 hingga Jun 2024. Keputusan itu sekaligus mengelakkan Malaysia daripada dikenakan tarif setinggi 250 peratus. – Berita Harian

Pada ketika ini, Malaysia, Thailand, Kemboja, dan Vietnam mewakili 84 peratus daripada import panel solar di AS. Manakala, AS juga sedang menghadapi peningkatan pembinaan kilang panel solar yang dimiliki oleh syarikat China, sekaligus meletakkan China dalam kedudukan untuk menguasai pasaran solar di AS. – Reuters, AASM

Sejak 2012, syarikat China memillih negara-negara Asia Tenggara sebagai tempat untuk mengelak daripada tarif AS. Pada 2023, syarikat solar terkemuka dari China, Longi melancarkan kilang panel solar baharunya di Malaysia. Pada tahun sama, Longi mengesahkan ia mendapat kira-kira USD57 juta subsidi daripada kerajaan China. – Xinhua, Global Trade Alert

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights