Syarikat Milik UAE, DP World Ambil Alih Pengurusan dan Operasi Pelabuhan Sapangar daripada Sabah, Pegang Kepentingan Terbesar dalam Pelabuhan
Suria Capital Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan DP World…
Suria Capital Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan DP World untuk secara rasmi menyerahkan pengurusan dan operasi Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) kepada syarikat milik Dubai itu. – The Star
Menerusi perjanjian ini, DP World akan memegang kepentingan 51 peratus dalam SBCP Sdn Bhd yang dijenamakan semula menjadi DP World Sabah Sdn Bhd, manakala Sabah Ports akan memegang baki 49 peratus dalam syarikat itu. – The Edge
Terdahulu, The Edge pada 2019 melaporkan terdapat usaha daripada DP World untuk membeli kepentingan dalam SPSB yang memegang konsesi 30 tahun untuk mengurus dan mengendalikan lapan pelabuhan di Sabah merangkumi Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, Terminal Minyak Teluk Sapangar, Pelabuhan Kudat, Pelabuhan Sandakan, Pelabuhan Tawau, Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Kunak. – The Edge
Pelabuhan Sapangar yang terletak berhampiran laluan perkapalan antara Timur Jauh dan Singapura menjadikannya hab pemindahan kapal utama yang menghubungkan rangkaian perkapalan serantau dengan global. Ini bermakna pelabuhan-pelabuhan kecil dikalangan negara ASEAN Timur atau ahli kepada BIMB-EAGA boleh menggunakan SBCP sebagai hab untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia, dan New Zealand. – BIMP-EAGA, SPSB, BIMP-EAGA
Untuk menjadikan Pelabuhan Sapangar sebagai hab pemindahan kapal utama bagi BIMB-EAGA. Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Sabah pada 2020 menyatakan hasrat untuk mendapatkan pinjaman fasiliti daripada China susulan pengumuman negara itu ketika Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA – China di Kuching untuk menyediakan geran dan pinjaman khas bernilai AS$5 bilion kepada BIMP-EAGA. – ASEAN
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab
Asalnya diterbitkan di FOKUS.


