Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Projek Terusan Funan-Techo bakal beri akses langsung tentera laut China ke Teluk Thailand, potensi seret konflik AS-China ke teluk itu

Projek Terusan Funan-Techo yang dilancarkan pada 5 Ogos lepas oleh Kemboja bukan sahaja berfungsi sebagai lorong perkapalan dan…

Projek Terusan Funan-Techo yang dilancarkan pada 5 Ogos lepas oleh Kemboja bukan sahaja berfungsi sebagai lorong perkapalan dan perdagangan malah berpotensi membuka laluan langsung kepada tentera laut China ke Teluk Thailand melalui Sungai Mekong.

Penganalisis RAND Corp, Derek Grossman menerusi tulisannya di Nikkei Asia mendakwa terusan itu akan memberikan Beijing akses ke Teluk Thailand terus dari China. Menurutnya, oleh kerana Sungai Mekong berasal dari wilayah Tibet di China, Beijing boleh belayar bukan sahaja dengan kapal komersial, tetapi kapal perang, melalui Myanmar, Thailand, Laos, dan Kemboja dan kemudian melalui terusan Funan-Techo yang telah siap dan ke Teluk Thailand. – (Nikkei Asia)

Tambah beliau lagi, Beijing mempunyai tiga manfaat strategik dari terusan itu. Pertama, kurangkan kebergantungan terhadap Selat Melaka yang berisiko disekat oleh A.S pada bila-bila masa. Kedua, mengelakkan keperluan tentera maritim China untuk belayar melalui Laut China Selatan dan sekitar Indochina untuk mengakses Teluk Thailand. Ketiga, membolehkan China mewujudkan kehadiran di sayap barat Vietnam dan bukannya sekadar di bahagian timur di Laut China Selatan. – (Nikkei Asia)

Selain itu, objektif ketenteraan China di Teluk Thailand sudah tercapai sebahagiannya dengan kehadiran kapal tentera lautnya di Pangkalan Tentera Laut Ream Kemboja. Sejak 2020, China sudah mula membiayai pembangunan pangkalan tentera itu yang disusuli dengan kehadiran dua kapal perang tentera laut China pada Disember 2023. – (ORF)

Derek menyifatkan penglibatan China dalam Terusan Funan-Techo dan Pangkalan Tentera Laut Ream Kemboja bakal meningkatkan intensiti persaingan AS-China. Pada 2019, Kemboja telah menolak tawaran AS untuk menyelenggara pangkalan tentera laut Ream bagi memberi laluan kepada China. Susulan daripada itu, Kemboja merobohkan fasiliti yang dibina oleh AS di pangkalan itu pada 2020. –  (Nikkei Asia, Reuters)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights