Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

MOTAC kerjasama dengan China iktiraf tarian Singa dan Naga sebagai warisan budaya tidak ketara di UNESCO

Pada 28 Julai, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan China untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tarian singa…

Pada 28 Julai, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan China untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tarian singa dan naga sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNESCO.  – (RTM)

Di samping itu, kemunculan sulung perarakan Chingay ketika sambutan kemerdekaan pada Sabtu lalu mengukuhkan lagi usaha untuk mengiktiraf tarian singa dan naga dan perarakan Chingay sebahagian daripada warisan budaya di UNESCO. – (Malay Mail)

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Singa dan Naga Malaysia Ching Xiao Fong, kehadiran Chingay biasanya dilihat di Pulau Pinang dan Johor pada Tahun Baharu Cina atau pada persembahan warisan di kuil. Tambahnya, jiwa kami sebagai rakyat Malaysia amat tersentuh apabila diberi peluang untuk turut sama memeriahkan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ini. – (Bernama)

Ching Xiao Fong turut melahirkan harapan agar Chingay dijadikan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah pada masa hadapan, seperti tarian singa dan naga. – (Bernama)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights