Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Malaysia buka taman reka bentuk IC semikonduktor pertama kepada syarikat asing, pemilikan harta intelek reka bentuk bersepadu kekal milik pelabur asing

Malaysia pada 6 Ogos melancarkan Taman/Hab Reka Bentuk IC Semikonduktor pertama di Malaysia yang bakal menampung dan memudah…

Malaysia pada 6 Ogos melancarkan Taman/Hab Reka Bentuk IC Semikonduktor pertama di Malaysia yang bakal menampung dan memudah syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) asing sebagai penyewa utama. Malaysia sebagai penyedia infrastruktur tidak mempunyai hak pemilikan ke atas harta intelek IC di hab tersebut, sebaliknya ia kekal milik pelabur dan syarikat asing yang menyewa di situ.

Bertempat di Puchong, Hab Reka Bentuk IC itu berkeluasan kira-kira 60,000 kaki persegi dan mampu menampung lebih daripada 400 jurutera reka bentuk cip. Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, hab itu telahpun diisi oleh firma antarabangsa seperti syarikat Taiwan, Maistorage, syarikat perkongsian Perancis Malaysia, Weeroc, syarikat usaha sama Taiwan-Malaysia, AppAsia, syarikat China, ChipsBank dan dua firma tempatan seperti Skyechip dan Sensorem Tek. – (Nikkei Asia)

Industri semikonduktor negara ketika ini masih tertumpu kepada pembuatan bahagian belakang atau “back-end” dengan menyediakan khidmat Perhimpunan dan Ujian Semikonduktor Sumber Luar (OSAT) kepada syarikat multinasional seperti Broadcom, Infineon, Intel, Osram, Advanced Micro Devices (AMD),  Agilent Technologies, Renesas dan Robert Bosch. Kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai yang rendah menjadikan sektor cip negara sekadar berkhidmat kepada produk asing. – (Fokus)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights