Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Maklumat sulit negara berkenaan Laut China Selatan jadi sasaran penggodam asing, dipercayai operasi terancang kumpulan penggodam tajaan China

Pangkalan data tentera Malaysia hadapi ancaman kumpulan penggodam asing tajaan China yang ingin memahami perspektif dan operasi ketenteraan…

Pangkalan data tentera Malaysia hadapi ancaman kumpulan penggodam asing tajaan China yang ingin memahami perspektif dan operasi ketenteraan Malaysia di Laut China Selatan hampir setiap hari.

Menurut Laksamana Muda, Datuk Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin, kumpulan penggodam itu mahu memantau perbincangan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya mengenai Laut China Selatan. Katanya, sasaran utama mereka adalah rancangan dan perspektif ATM tentang Laut China Selatan serta bagaimana operasi ketenteraan di perairan itu berjalan. – (NST)

Berdasarkan laporan Sophos, kluster yang dinamakan Alpha, Bravo, dan Charlie itu melakukan beberapa percubaan untuk mencuri dokumen ketenteraan yang berkaitan dengan strategi di Laut China Selatan sejak Mac 2023 hingga April 2024. Laporan ini kemudian merumuskan bahawa beberapa kluster penggodam tajaan kerajaan China yang berbeza telah aktif dalam organisasi kerajaan Asia Tenggara berprofil tinggi sejak sekurang-kurangnya Mac 2022. – (Sohphos)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights