Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) tandatangan Mou bernilai AS$50 bilion dengan bank-bank China, perkukuh kerjasama kewangan Saudi-China

Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) dalam langkah terbarunya menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) dengan insititusi-institusi perbankan China yang…

Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) dalam langkah terbarunya menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) dengan insititusi-institusi perbankan China yang bernilai hampir AS$50 bilion. Langkah itu datang selepas kedua-dua negara itu melancarkan Dana Dagangan Bursa (ETF) yang membolehkan pelabur individu dan institusi di China untuk melabur di pasaran Arab Saudi. – (PIF, SCMP)

Selain daripada meningkatkan kerjasama PIF di peringkat global, MoU itu menyasarkan untuk mempromosi aliran modal dua hala melalui hutang dan ekuiti dengan institusi kewangan China yang terdiri daripada Agricultural Bank of China (ABC), Bank of China (BoC), China Construction Bank (CCB), China Export & Credit Insurance Corporation (SINOSURE) Export-Import Bank of China (CEXIM) dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC ). – (PIF)

Pada masa sama, Arab Saudi dan China sedang membangunkan Dana Dagangan Bursa (ETF) yang akan menghubungkan pelabur di Timur Tengah dengan pasaran China melalui Hong Kong Stock Exchange (HKEX). ETF itu kemudian akan disenaraikan untuk didagangkan di bursa saham Tadawul di Riyadh. – (SCMP)

Menurut pengulas khas CGTN, Matteo Giovannini, kerjasama kewangan antara Arab Saudi dan China memenuhi kepentingan kedua-dua negara itu melangkaui sekadar aliran masuk modal. Katanya, menggunakan modal dan kemahiran China dalam sektor pembuatan, projek mega Arab Saudi seperti NEOM berpotensi untuk berjaya. Manakala, kedudukan strategik Arab Saudi memberi peluang kepada China untuk memperkukuhkan inisiatif Jalur dan Jalannya (BRI) di Timur Tengah. – (CGTN)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights