Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Arab Saudi gagal dapatkan bekalan senjata moden daripada Amerika Syarikat, sekadar terima kelengkapan ketenteraan untuk logistik dan penyelengaraan

Sebagai pertukaran kepada perjanjian menormalisasi hubungan dengan Israel, Arab Saudi meletakkan perolehan senjata canggih daripada A.S. sebagai salah…

Sebagai pertukaran kepada perjanjian menormalisasi hubungan dengan Israel, Arab Saudi meletakkan perolehan senjata canggih daripada A.S. sebagai salah satu syarat meneruskan perjanjian itu. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat pada minggu ini sekadar meluluskan potensi penjualan kelengkapan ketenteraan bernilai hampir 2.8 bilion dolar kepada Arab Saudi untuk logistik dan sokongan penyelenggaraan. – (Middle East Monitor, Fokus)

Pada 2023, Arab Saudi merupakan pembeli senjata terbesar dengan nilai hampir 200 bilion dolar di Timur Tengah susulan daripada peningkatan perbelanjaan sebanyak 4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Setakat 2019, A.S. mewakili 73 peratus daripada import senjata Arab Saudi. – (Brookings)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights